Saya pernah berlari dan berlindung di balik bongkah pulau. Saya juga pernah terbang membelah kabut menuju banjaran yang tidak bernama. Saya turut tidak mahu kembali setelah berada di gua yang penuh rahsia. Dan saya tidak mahu sesiapa tahu di mana saya dan apa yang terjadi pun. Memang dasar hari ini, kewujudan kita menjadi absah dengan serpihan segala jenis pemberitahuan dan pengenalan atau projeksi. Dan pastinya itu bukan menjadi pilihan  bagi menyatakan saya ada. Bukan menjadi pilihan saya.

Comments

Liza said…
Rencam yang merimaskan
Anonymous said…
Sdr harus menjadi lebih kental dan tabah menghadapi segala mehnah. Sdr seorang sasterawan yang kaya dengan imaginatif dan kreatif. Karyakan sesuatu yang memaparkan kehebatan yang memenangi dalam melawan segala yang menarik turun semangat juang Sdr yang ampuh. Realiti kehidupan tidak semudah sangkaan bahawa tiada ujian yang bakal ditempuh.
Mawar said…
Sdr Liza
Begitulah.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas dukungannya.