Saya pernah berlari dan berlindung di balik bongkah pulau. Saya juga pernah terbang membelah kabut menuju banjaran yang tidak bernama. Saya turut tidak mahu kembali setelah berada di gua yang penuh rahsia. Dan saya tidak mahu sesiapa tahu di mana saya dan apa yang terjadi pun. Memang dasar hari ini, kewujudan kita menjadi absah dengan serpihan segala jenis pemberitahuan dan pengenalan atau projeksi. Dan pastinya itu bukan menjadi pilihan bagi menyatakan saya ada. Bukan menjadi pilihan saya.
Comments
Begitulah.
Terima kasih atas dukungannya.