Saya fikir berjarak itu baik. Ia menyediakan ruang berdiam. Mena'akul. Kenal diri. Sadar diri. Menyitir Ibn Hazm: betapa banyak kita saksikan orang yang dibinasakan ucapannya sendiri, dan belum pernah kita menyaksikan sama sekali bahawa ada  orang dibinasakan kerana diamnya. Maka janganlah kita berbicara  kecuali dengan sesuatu yang dapat mendekatkan kepada Pencipta. Jauh juga merupakan  ajaran untuk saya bersedia apabila detiknya tiba. Biar saya, si gembeng ini belajar jadi sendiri. Biarlah, jika jauh ini begitu kaedah didikannya.

Comments

Anonymous said…
Jauh sama ada secara fizik ataupun dalam kalbu. Ada yang dekat secara zahir, namun berjauh daripada kalbu. Ada yang akrab dalam dada walaupun berjauhan fiziknya. Ada juga berasakan jauh dan dekat itu bersandar persepsi dan anggapan sahaja.
liza said…
Bila terdapat pertelingkahan saya suka mengambil pendekatan berdiam dan berjarak. Duduk dihujung penjuru berdiam diantara jiwa dan ego. Ketika keduanya sedang bertikaian,mendekatkan diri Pencipta adalah solusi yang terbaik. Bila sendiri kita akan lebih banyak mengenal diri dan sedar diri.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ia sangat menyadarkan diri.
Mawar said…
Sdr Liza
terima kasih atas tanggapannya.