Saya fikir berjarak itu baik. Ia menyediakan ruang berdiam. Mena'akul. Kenal diri. Sadar diri. Menyitir Ibn Hazm: betapa banyak kita saksikan orang yang dibinasakan ucapannya sendiri, dan belum pernah kita menyaksikan sama sekali bahawa ada orang dibinasakan kerana diamnya. Maka janganlah kita berbicara kecuali dengan sesuatu yang dapat mendekatkan kepada Pencipta. Jauh juga merupakan ajaran untuk saya bersedia apabila detiknya tiba. Biar saya, si gembeng ini belajar jadi sendiri. Biarlah, jika jauh ini begitu kaedah didikannya.
Comments
Ia sangat menyadarkan diri.
terima kasih atas tanggapannya.