Seringkah Sdr mahu berlari ke tepian gunung atau berlama di perbukitan yang selalu ada singgahan angin tipis yang mengamankan setiap lelah dan riuh. Atau membawa langkah menyeberang ke pulau yang menjadi teduhan sukma yang keruh. Saat semua yang ada berlari seperti di padang lumba. Mengejar masa. Sehingga detik mahu menitip salam, ditunda tunda dan akhirnya hingga menjelang senja dan lupa.  Hanya jika berkesempatan, sapaan menjadi isyarat formal. Dan semua itu berulang lagi pada keesokan hari. 

Comments

Anonymous said…
Sering rasa yang serupa dialami orang lain. Lantas bosan yang kadangkala melanda menjadikan kita mencari ruang untuk dipenuhi. Pastinya ruang yang dicari akan ditemui kerana dunia Tuhan yang amat luas dan penuh pengertiannya.
Liza said…
Bila keadaan tidak memihak, saya sering melarikan diri ke pergunungan atau ke tepian pantai yang sering membujuk. Melepaskan keluhan yang hanya saya dan dia yang mengerti.
Anonymous said…
Alangkah indah jika dapat melakukanya selalu dikala lelah mengejar rutin kehidupan dunia.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ia bukan bosan, Sdr.
Ia adalah pengertian.
Mawar said…
Sdr Liza
Saya juga sering mahu begitu. Yuk.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar sekali. Terima kasih.
Liza said…
Dr. Mawar,
Yuk...nanti kita pergi🤩