Seringkah Sdr mahu berlari ke tepian gunung atau berlama di perbukitan yang selalu ada singgahan angin tipis yang mengamankan setiap lelah dan riuh. Atau membawa langkah menyeberang ke pulau yang menjadi teduhan sukma yang keruh. Saat semua yang ada berlari seperti di padang lumba. Mengejar masa. Sehingga detik mahu menitip salam, ditunda tunda dan akhirnya hingga menjelang senja dan lupa. Hanya jika berkesempatan, sapaan menjadi isyarat formal. Dan semua itu berulang lagi pada keesokan hari.
Comments
Ia bukan bosan, Sdr.
Ia adalah pengertian.
Saya juga sering mahu begitu. Yuk.
Benar sekali. Terima kasih.
Yuk...nanti kita pergi🤩