Seperti saya pernah menulis begini, tidak tertanggung rasanya saat menerima nikmat, sedang banyak lagi pelanggaran yang tidak dapat dihindari. Tidak tertanggung bukan hanya di bahu tetapi seluruh perasaan yang malu dengan terlalu banyak Allah berikan. Maka saya kian menjejaki mana mana laluan mahupun bintang di langit malam yang dapat menunjuk arah. Ia untuk saya jadikan pedoman agar lebih menjadi orang yang bersyukur. Ya, selalu mahu berterima kasih. Alhamdulillahi rabbil alamin.
Comments
Malunya saya bila hanya bersyukur dengan nikmat yang saya rasakan besar sahaja. Sedangkan ia sebenarnya umpama debu disisi Allah.
Mudah-mudahan Allah mengampunkan saya. Semoga saya akan senantiasa berterima kasih dan bersyukur dari sekecil-kecil nikmat dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah.
Semoga.
Melanggar. Terlanggar. Dilanggar.
Pelanggaran.