Seperti saya pernah menulis begini, tidak tertanggung rasanya saat menerima nikmat, sedang banyak lagi pelanggaran yang tidak dapat dihindari. Tidak tertanggung bukan hanya di bahu tetapi seluruh perasaan yang malu dengan terlalu banyak Allah berikan. Maka saya kian menjejaki mana mana laluan mahupun bintang di langit malam yang dapat menunjuk arah. Ia untuk saya jadikan pedoman agar lebih menjadi orang yang bersyukur. Ya, selalu mahu berterima kasih. Alhamdulillahi rabbil alamin. 

Comments

Liza said…
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman-13)

Malunya saya bila hanya bersyukur dengan nikmat yang saya rasakan besar sahaja. Sedangkan ia sebenarnya umpama debu disisi Allah.
Mudah-mudahan Allah mengampunkan saya. Semoga saya akan senantiasa berterima kasih dan bersyukur dari sekecil-kecil nikmat dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah.
Mawar said…
Sdr Liza
Semoga.
Anonymous said…
Sebagai insan biasa kita sering melanggar, terlanggar dan dilanggar. Yang penting kesedaran untuk insaf dan berpatah ke pangkal jalan dengan keazaman.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Melanggar. Terlanggar. Dilanggar.
Pelanggaran.