Dia kian menjauh, saya tahu. Anehnya, dalam menjarak itu sebenarnya dia mahu lebih mendekat. Rindu yang sekian lama dihimpun, kadangkala hitungannya mencecah sekian pekan lalu memakan tahun. Saya juga tahu ia amat nyeri dan sering menjadi duri yang mengguncang. Namun atas nama nestapa itu, ternyata dia disorot akan jalan sabar dan berteguh. Dia bertahan untuk selamat menuju jalan datang, sejahtera menghampiri jalan yang terang. 

Comments

Anonymous said…
Hanya dengan pimpinan, peringatan dan teguran yang kadangkala harus berulang membolehkan dia mengenal semula jalan datang dan jalan pulang.
Liza said…
Terasa dekat tapi berjarak, menghimpun rindu bukan sedikit,.. Gembeng!

Mawar said…
Sdr Anonymous
Semoga.
Mawar said…
Sdr Liza
Ya gembeng betul.