Dia kian menjauh, saya tahu. Anehnya, dalam menjarak itu sebenarnya dia mahu lebih mendekat. Rindu yang sekian lama dihimpun, kadangkala hitungannya mencecah sekian pekan lalu memakan tahun. Saya juga tahu ia amat nyeri dan sering menjadi duri yang mengguncang. Namun atas nama nestapa itu, ternyata dia disorot akan jalan sabar dan berteguh. Dia bertahan untuk selamat menuju jalan datang, sejahtera menghampiri jalan yang terang.
Comments
Semoga.
Ya gembeng betul.