Petrea Volubilis |
Bunga musim puasa titipan daripada Mahaguru |
Ramadhan ketujuh. Genap seminggu Ramadhan kita. Subhanallah. Sekian kali saya masih bertanya sendiri tentang berikhlas hati dalam perjalanan Ramadhan seminggu ini. Sudah lunakkah tingkah kita sebagai hamba, sebenar-benar hamba. Saya memasuki semula surah ali-Imran setelah menamatkan bacaan awal sebelum Ramadhan. Dan pasti menemui kembali ayat ini, membuat saya berdiam lama sebelum meneruskan ayat seterusnya, iaitu: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (ali-Imran: 8)
Comments
Ya bunga ungu lembut yang memujuk sekali. Terima kasih singgahannya.
Insya-Allah mudah mudahan Allah kekalkan rasa cinta itu. Ya, benar kesuma ungu yang cantik, menawan kalbu. Terima kasih QA.