Petrea Volubilis

Bunga musim puasa
titipan  daripada Mahaguru

Ramadhan ketujuh. Genap seminggu Ramadhan kita. Subhanallah. Sekian kali saya masih bertanya sendiri tentang berikhlas hati dalam perjalanan Ramadhan seminggu ini. Sudah lunakkah tingkah kita sebagai hamba, sebenar-benar hamba. Saya memasuki semula surah ali-Imran setelah menamatkan bacaan awal sebelum Ramadhan. Dan pasti menemui kembali ayat ini, membuat saya berdiam lama sebelum meneruskan ayat seterusnya, iaitu: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan  petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (ali-Imran: 8) 

Comments

Anonymous said…
Menatap bunga ungu ini terasa benar keredupan, ketenangan dan kesyahduan Ramadhan. Wajar benarlah bunga ini dinamakan Bunga Musim Puasa. Ternyata membaca makna ayat-ayat Al-Quran menjadikan kita semakin akrab dan menginsafkan.
Qurratul 'Ain said…
SubhanaAllah. Semoga Al-Quran menjadi sahabat karib kita, sepanjang usia. Juga, cantik kesuma ungu ini, Dr Mawar.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya bunga ungu lembut yang memujuk sekali. Terima kasih singgahannya.
Mawar said…
QA
Insya-Allah mudah mudahan Allah kekalkan rasa cinta itu. Ya, benar kesuma ungu yang cantik, menawan kalbu. Terima kasih QA.