Foto yang terus berulang

Ramadhan kesepuluh.  Menurut Ustaz kelas dhuha kami, dalam bulan Ramadhan, begitu banyak Rasulullah berada di padang yuda. Badar. Ahzab. Berhadapan dengan kezaliman dan pelbagai ujian. Tidak ada istilah bulan untuk berehat. Bukan bulan kurangkan kerja, malah. Ramadhan adalah bulan berjuang. Subhanallah. Saya jadi  iri dengan giatnya beberapa susuk yang sangat disibukkan dengan ketaatan kepada Allah. Bukan sahaja asyik dengan ibadah khusus, banyak urusan maslahat orang banyak, menjadi penting baginya. Bukankah saya pernah berdoa untuk jadi begitu. Namun saya sering melihat apa yang saya lakukan, lebih lebih sepanjang sepuluh hari ini, hanya debu tidak lebih daripada itu. Debu yang berterbangan. Betapa khuatirnya saya. 

Comments

Anonymous said…
Saya juga amat dirasakan, semakin menghayati ajaran, hakikat hidup dan Ramadhan semakin berasa mendebu dan kerdil. Betapa selama ini bergentayangan tanpa sedar dan tanpa terdorong untuk mencari hakikat
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan kita terus dituntun di jalan yang lurus sehingga ke akhirnya. Insya-Allah.
Anonymous said…
11 ramadhan telah berlalu. Hati mula dihinggap sayu. Pantasnya waktu! Sedang diri sendiri masih meneka-neka apakah, apakah kesempatan sama akan diperolehi lagi di masa hadapan? Ya Rabb, aku hambaMu yang bila-bila sahaja Kau boleh panggil pulang.. dan apakah yang aku bawa menghadapMu Tuhanku sebagai bekalku? Sedangkan aku baru mahu mengenaliMu....sangat baru Ya rabb.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Dia Yang Maha Pengasih. Insya-Allah moga kita diberikan kesempatan.