Foto yang terus berulang |
Ramadhan kesepuluh. Menurut Ustaz kelas dhuha kami, dalam bulan Ramadhan, begitu banyak Rasulullah berada di padang yuda. Badar. Ahzab. Berhadapan dengan kezaliman dan pelbagai ujian. Tidak ada istilah bulan untuk berehat. Bukan bulan kurangkan kerja, malah. Ramadhan adalah bulan berjuang. Subhanallah. Saya jadi iri dengan giatnya beberapa susuk yang sangat disibukkan dengan ketaatan kepada Allah. Bukan sahaja asyik dengan ibadah khusus, banyak urusan maslahat orang banyak, menjadi penting baginya. Bukankah saya pernah berdoa untuk jadi begitu. Namun saya sering melihat apa yang saya lakukan, lebih lebih sepanjang sepuluh hari ini, hanya debu tidak lebih daripada itu. Debu yang berterbangan. Betapa khuatirnya saya.
Comments
Mudah mudahan kita terus dituntun di jalan yang lurus sehingga ke akhirnya. Insya-Allah.
Dia Yang Maha Pengasih. Insya-Allah moga kita diberikan kesempatan.