Ramadhan kelima. Tadarus. Setahu saya maknanya adalah membaca al-Qur'an secara bergilir-gilir dalam sesebuah kumpulan; tujuannya adalah untuk disemak ahli lain sewaktu seseorang ahli kumpulan itu membaca. Tidak dinamakan bertadarus jika hanya saya seorang yang membaca. Berbeza lagi dengan bertalaqi (seperti yang pernah AM beritahu). Alangkah bahagia sekali jika tadarus dapat dilakukan dalam kalangan ahli keluarga, bukan sahaja dalam bulan Ramadhan yang barakah ini. Namun dalam kekangan masa, Allah ya Allah, ia masih sukar untuk dilaksana. Begitu  juga dalam berjarak. Maka kita sendirilah membacanya dan seperti biasa perihal bersendiri ini merupakan pelajaran terbaik untuk kita berhadapan dengan saat itu nanti. Ya, saat akhirnya kita sendiri. Minggu ini saya berhadapan dengan beberapa perjalanan menjadi sendiri. Berpulangnya beberapa nama, seperti selalu sangat mengharukan namun ia seperti membaca al-Qur'an sendirian, ia amanat yang mengesankan. 


Comments

Anonymous said…
Semenjak berusia lima tahun sehingga remaja, biasa bertadarus dengan adik beradik dan sanak saudara setiap Ramadhan. Misinya untuk mengkhatamkan membaca Al-Quran sebelum menjelang Syawal. Kini saya menelaah Al-Quran, dengan tajweed dan maknanya. Amat terasa perbedaan, ketenangan dan kesyahduannya. Saya dituntun seorang pencinta Al-Quran membina tasawwur yang lebih Islami. Syukur kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Masya-Allah tabarakallah. Bersyukurnya.