Ramadhan kelima. Tadarus. Setahu saya maknanya adalah membaca al-Qur'an secara bergilir-gilir dalam sesebuah kumpulan; tujuannya adalah untuk disemak ahli lain sewaktu seseorang ahli kumpulan itu membaca. Tidak dinamakan bertadarus jika hanya saya seorang yang membaca. Berbeza lagi dengan bertalaqi (seperti yang pernah AM beritahu). Alangkah bahagia sekali jika tadarus dapat dilakukan dalam kalangan ahli keluarga, bukan sahaja dalam bulan Ramadhan yang barakah ini. Namun dalam kekangan masa, Allah ya Allah, ia masih sukar untuk dilaksana. Begitu juga dalam berjarak. Maka kita sendirilah membacanya dan seperti biasa perihal bersendiri ini merupakan pelajaran terbaik untuk kita berhadapan dengan saat itu nanti. Ya, saat akhirnya kita sendiri. Minggu ini saya berhadapan dengan beberapa perjalanan menjadi sendiri. Berpulangnya beberapa nama, seperti selalu sangat mengharukan namun ia seperti membaca al-Qur'an sendirian, ia amanat yang mengesankan.
Comments
Masya-Allah tabarakallah. Bersyukurnya.