Sahabat syurga


Sdr sangat bertuah jika mempunyai sahabat yang sejak mengenali hingga akhirnya nanti merupakan sahabat yang terhubung justeru pertautan dengan Ilahi. Subhanallah. Ada sahabat yang pertama kali bertemunya adalah di penjuru atau di pintu masjid. Ada sahabat yang kita mula jatuh hati kerana asyik dengan gayanya dalam majlis ilmu. Lantas persahabatan yang bersemi dan tumbuh menjadi pohon sukma yang rendang rimbun malah. Sahabat yang akan kita kenang selalu. Sahabat yang kita akan rindu saat yang ada hanya sepi. Sahabat yang mengindahkan setiap inci penjuru apalagi perihal kalbu. Saya sendiri merasakan tidak memadai apa yang saya catatkan tentang sahabat di sini. Tidak pernah akan menjadi genap ta'arifannya. Sedang saya  cuba menjadikan al-Qur'an sebagai sahabat yang indah. Tidak pernah akan saya dapat tiba di titik yang melengkapi bulatan yang seluruh kerana pastinya si debu yang berterbangan ini tidak pantas sama sekali mengiringi sahabat semulianya. 

Comments

Anonymous said…
Persahabatan yang ditaut dengan ikatan ketuhanan adalah rasa yang misteri. Penuh rahsia dan tiada yang mengerti. Dekat tetapi jauh, jauh tetapi dekat. Latar mula pertautan itu juga begitu sakti. Mungkin hanya dengan sapaan satu kata atau pertanyaan akan makna. Ternyata persahabatan yang diikat dengan tali ketuhanan adalh pohon sukma yang subur, rendang dan redup, tenang bak larat nan damai.
Mawar said…
Sdr Anonymous,
Antara yang mendapat naungan Ilahi adalah dua sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya jua.