Sahabat syurga
Sdr sangat bertuah jika mempunyai sahabat yang sejak mengenali hingga akhirnya nanti merupakan sahabat yang terhubung justeru pertautan dengan Ilahi. Subhanallah. Ada sahabat yang pertama kali bertemunya adalah di penjuru atau di pintu masjid. Ada sahabat yang kita mula jatuh hati kerana asyik dengan gayanya dalam majlis ilmu. Lantas persahabatan yang bersemi dan tumbuh menjadi pohon sukma yang rendang rimbun malah. Sahabat yang akan kita kenang selalu. Sahabat yang kita akan rindu saat yang ada hanya sepi. Sahabat yang mengindahkan setiap inci penjuru apalagi perihal kalbu. Saya sendiri merasakan tidak memadai apa yang saya catatkan tentang sahabat di sini. Tidak pernah akan menjadi genap ta'arifannya. Sedang saya cuba menjadikan al-Qur'an sebagai sahabat yang indah. Tidak pernah akan saya dapat tiba di titik yang melengkapi bulatan yang seluruh kerana pastinya si debu yang berterbangan ini tidak pantas sama sekali mengiringi sahabat semulianya. |
Comments
Antara yang mendapat naungan Ilahi adalah dua sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya jua.