Posts

Showing posts from March, 2016
Image
Selain menyertai dua orang ahli rumah kami yang mudah melenting dan menjadi hali lintar atau petir sabung menyabung, saya terkenal dengan watak Neng Yatimah. Zahar kata di tepi mata saya ada suis yang hanya menunggu masa untuk ditekan dan nantinya saya boleh mengalirkan airmata dengan lancar sekali. AM selalunya yang mudah mengesan bila suis itu mula dihidupkan. Kenapa mummy menangis? Apa yang AM buat? Kadangkala AM pernah menggiat saya, mummy menangis sebab happy AM buat baik? Ya, kita kerap juga menangis pada perkara yang begitu membahagiakan. Ia seperti lambang kesyukuran. Seperti selalu Zahar akan berasa aneh melihat suis itu menyala sekonyong-konyong! Sahabat baik saya itu akan terus tertanya-tanya. Selebihnya, saya menangis apabila datang rasa kecewa, sering juga marah yang menggempur atau pasti sahaja saat saya merasakan cukuplah Allah sebagai penolong  dan Dia sebaik-baik pelindung...
Image
Siang tadi saya menghadiri satu acara yang lebih mendekatkan saya kepada Allah ( bukankah Allah itu ternyata sangat dekat dengan kita sehingga jaraknya sekitar urat leher ini? ) Mendengar perbahasan tentang keperluan anak-anak istimewa wajar atau tidak diberi pendidikan agama seperti membaca al-Qur'an , sebelumnya hampir saya tidak terfikirkan. Soal mukallaf atau tidak, surah suci itu akan selalu menjadi syifaa', huda dan rahmah (Yunus: 57). Allah ya Allah. Harus sahaja saya tunduk dan malu dengan kesungguhan anak-anak ini  mencintai al-Qur'an; saat saya memilih-milih masa untuk membukanya. Allah. 
Image
Equinox. Lawannya solstice. Itu ilmu yang saya tahu sejak berada di sekolah menengah. Ya, memang sudah sekian masa kita mendepani suhu bahang dan kering apabila menjadi warga belah khatulistiwa. Antara petunjuknya, migraine saya menjadi-jadi. Sesekali beberapa teman di sebelah bulatan bumi mengirim video salju lebat luruh di laman atau angin bersama hujan nipis di pulau mereka. Ia agak mengamankan perasaan. Ternyata Allah itu Maha Adil, dalam menghantar angin panas, hampir setiap petang hujan semahunya datang saat kereta di jalanraya bersusun untuk pulang. Dan saya selalu ingatkan diri, itu masa doa diangkat. Maka doalah bersungguh-sungguh. Ya, Allah Maha Dekat, memberi takdir yang terbaik buat kita. Usahlah sesal akan apa yang tidak terjadi seperti yang diimpi. Saya belajar lagi erti bersyukur antara garis-garis hawa yang dikirim-Nya...
Image
Mengenali Prof Watwa dan melihat judul ini, ia bagaikan magnet. Saya hadir, insya-Allah. 
Image
AM mengalami halusinasi. Itu kenyataan doktor selepas pemeriksaan. Ternyata semua bersih. Tiada masukan. Tiada luka. Mengadu telinganya sering ada bunyi goncangan sejak seminggu lalu sekembali daripada aktiviti di kolam renang. Aneh. Tanpa bertanya apa itu halusinasi, AM menerima beberapa kata-kata hukuman daripada Bapak. Lain kali cepat jawab apabila dipanggil. Menyahut azan. Awalkan solat. Dengar cakap Mummy dan Bapak. Kasihannya AM. Bapak masih belum puashati menambah, goncangan itu tanda Allah mahu beritahu, begitulah tidak selesanya apabila derhaka pada Mummy dan Bapak. Allah mahu AM rasa.
Image
Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid atas ulasan ini. Sangat saya hargai. 
Image
Saya menemukan kata-kata yang sangat mengilhamkan ini, antaranya berbunyi: bukan namanya sabar dan ikhlas, jika masih ada batas dan sakit hati. Allah. Malunya saya, kononnya mahu selalu sabar dan mahu sering berikhlas hati.  Ini dua ujian yang saya sering dapat gred gagal !