AM mendakwa melihat sesuatu di dalam bilik saya di rumah kami. Bagaimana rupanya? Ekor yang agak panjang. Kepalanya biru, tegak seperti mahu mematuk. Badannya kuning. Saya bertanya lanjut, adakah ia sejenis reptilia. AM menggeleng. Sekali lagi saya bertanya, di mana tepatnya si kepala biru itu berada. Jelas AM, dia seperti merangkak di bawah meja kerja saya. Mata AM bulat seperti mahu melaporkan hasil penyiasatannya lagi tentang lidah, gigi, kaki atau jenis kulit si badan kuning itu. Seusia AM, ya genap tahunnya, saya pernah percaya Margaret Thatcher ke sekolah kami bersama-sama Lady Diana. Tahun yang sama, puisi saya "Merdeka O Merdeka" disiarkan dalam tabloid Mingguan Kanak-kanak. Kerlipan yang sama dengan mata mummy AM dahulunya, mempunyai satu beg sandang - kamera (milik abah), buku nota rahsia dan novel penyiasatan. Kita serupa AM!
Posts
Showing posts from January, 2016
- Get link
- X
- Other Apps
Malam tadi saya menutup bab Mengingat Mati dan Mempersiapkan Diri Menghadapi Kematian. Manusia itu tidur. Apabila mati baru mereka tersedar. Itu antara baris-baris dalam syair Abu Fadhl al-Iraqi. Dan saat itu baru ada sesalan yang merupakan kata-kata: Jika dia seorang yang berbuat baik, dia menyesal mengapa tidak menambah amalnya. Jika dia seorang yang berbuat jahat, dia menyesal mengapa tidak melepaskan diri daripada semua urusan dunia.
- Get link
- X
- Other Apps
Undangan Walimah Saya menerima kartu undangan walimah yang istimewa. Bukan sahaja tarikan rekabentuknya. Ia dikirim seorang yang saya kenali lama dahulu, ya genap 20 tahun. Kemudian saya lebih mengenali susuk ini sebagai seorang yang masyhur dalam bidangnya, neurofizik. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, pertama kali saya lakukan review kumpulan puisinya , Lawatan Lain (DBP, 1995). Lama kemudian saya mengundangnya bercakap tentang fizik dan puisi dalam SAKM. Benar, Profesor Watwa (gelar saya kepadanya) susuk sederhana dan sarjana yang penuh kerendahan hati. Sehingga dalam kartu undangan puterinya ini, dalil yang jelas. Hanya dicatat dari Encik Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah. ..subhanallah! Berbanding kebanyakan kad jemputan yang saya terima penuh dengan gelar serta kedudukan malah lulusan akademik! Tahniah Profesor Dr Wan dan isteri kerana menerima menantu. Terima kasih sejak awal dulu mengasuh saya jadi sederhana. Buku Prof Watwa
- Get link
- X
- Other Apps
Buku usrah kami Terima kasih buat DK yang menaja buku usrah kami ini. Benar, cepatnya tumbuh rasa sayang saya terhadap buku ini. Memegangnya seperti mahu terus berlama dan tidak sanggup berpisah. Apa lagi pertama kali mata saya menangkap rangkap ini: ketika Allah mula mencipta Adam, malaikat berkata, sesungguhnya bumi ini tidak cukup luas buat mereka. Lalu jawab Allah, akan Aku ciptakan kematian. Lanjut malaikat, jika begitu maka tidak ada ketenangan dalam hidup mereka. Allah pun berfirman, sesungguhnya Aku akan memberi mereka harapan. Mahu saya tidak menangis membacanya!
- Get link
- X
- Other Apps
AM lagi. Saya mula minta AM solat sunat taubat sebelum azan subuh hari ini. Baca niat macam mana, mummy? Saya duduk di sebelah AM sepanjang solat sunat taubat pertamanya. Memastikan dibunyikan semua bacaan wajib. Saya tahu AM tidak bertanya mengapa dia diminta untuk mendirikan solat sunat taubat. Dia tahu solat itu untuk semua kesalahannya - tidak mendengar kata, meninggi suara, menyakiti hati mummy dan bapak, tidak bercakap benar, mungkir janji dan banyak lagi. Saya sebak sebenarnya apabila seawal sepuluh tahun sudah meminta AM solat sunat taubat. Saya merenung jauh dan cuba mengingat-ingat bila kali pertama saya mengangkat takbir dengan niat solat tersebut.
- Get link
- X
- Other Apps
AM memulakan sesi sekolah kebangsaan darjah empat kali ini pada sebelah pagi. Sementara sekolah agamanya selepas itu. Tahun yang saya tunggu-tunggu untuk bertegas dalam perihal solat. Mummy akan rotan kalau tidak solat. Bapak juga akan pastikan AM berjemaah di surau untuk solat fajr. Atau adakah 5.30 terlalu awal untuk anak sepuluh tahun? Sedang AM akan hanya mula membersihkan diri hampir setengah jam kemudiannya setelah mummy jadi tarzan? Aduhai seksanya mengejut anak bujang bangun pagi untuk ke surau; dan benar, ia bukan hanya bertujuan bangun awal untuk ke sekolah. Ya Allah, mudahkan urusan AM menjadi anak soleh.
- Get link
- X
- Other Apps
Memulakan tahun 2016 dengan kuliah tadabbur merujuk surah Humazah. Surah Pengumpat. Ya Allah, sejak awal Allah berkata, "Celaka" kepada si pengumpat dan pencela, yang mengumpul harta dan menghitungnya dan menyangka ia boleh kekal bersamanya. Allah, ya Allah. Setiap hari saya mengumpat dan mencela. Di jalanraya. Di tempat kerja. Di rumah. Ya Allah. Bukankah nanti akan menjulang api yang disediakan Allah di Hutamah, sampai ke hati saat saya diikat pada tiang-tiang yang panjang. Allah. Ampuni saya.