Posts

Showing posts from August, 2014
Image
Semakin panjang senarai kumpulan wassap dan telegram saya. dan sekarang saya tidak lagi sempat mengejar perbualan rakan-rakan. sama ada membiarkan beratus-ratus mesej masuk atau saya klik clear history. saya mula rasakan himpunan teman-teman ini sudah jadi seperti fb yang  saya kuburkan beberapa tahun lalu. terlalu banyak cerita ... 
Image
Banyak yang saya rindukan dari permainan lentera kertas ini. Sering membawa saya kembali ke perkampungan Temasek kami. Saya akan berjumpa lagi teman-teman yang wajahnya cuba menyelinap dan berselang seli mahu memperkenalkan diri semula. Malam tadi usai menyiapkan latihan matematik, saya mengajak Alif Matiin ke taman kecil kami. Saya nyalakan lentera ini. Saya nyalakan api rindu! Seraya mengucapkan terima kasih, Alif Matiin mencari-cari penjuru untuk menyangkut lenteranya.
Image
Saya orangnya memang tidak sabar! Memang. Maka beberapa hari ini saya menggeledah buku-buku di rak. Saya mencari sabar. Beberapa jilid Ihya Ulumiddin. Jilid 3 menemukan saya dengan bab sabar dan syukur. Alangkah! Saya diberitahu al Ghazali betapa banyak bahagian dalam al Qur'an yang mengajak kita untuk sabar. Mengapa? Allah sangat mengasihi hamba-Nya yang sabar! Allah melipatgandakan pahala orang yang sabar (al Qasas: 54) dan ia ganjaran yang tidak terhitung (az Zumar: 10).  Saya mahu menjadi hamba yang dikasihi Allah! Saya mahu jadi hamba-Nya yang sabar!
Image
Patch Adams sangat mengilhamkan apabila saya mendapati sahabat doktor saya tidaklah seperti Dr Adams sama ada dalam filem atau watak sebenarnya. Malah saya pernah menulis Petala Rengsa dalam Dada ( Mingguan Malaysia, 16 Disember 2007), merakam kisah doktor yang haloba. Kematian tragis Robins William,  pelakon yang saya senangi dengan  watak-watak kemanusiaannya, suatu yang sangat ironi. Begitu juga saya pernah menggunakan filem Dead Poet Society , untuk membawa mahasiswa mengenali guru sastera John Keating yang mengasihi pelajar-pelajarnya menerusi puisi. 
Image
Lebaran kali ini yang menduga. Saya demam dengan penurunan jumlah platelet. Memang menggerunkan. Nasihat doktor, ubat mujarab hanya air kosong yang harus diambil 3 liter sehari. Ya, insya Allah memang mustajab. Saya juga disyorkan 3K yang turut membantu membawa kembali nombor platelet lebih 200. 3K. Ketam yang direnih menjadi sup sedap. Kelapa muda, minum airnya tanpa gula. Kiwi, dilebur menjadi sari buah atau dimakan terus. 3K yang enak sebagai ubat.
Image
Masih tentang "Infithaar di Taman Salju". inilah foto yang mengesankan sehingga menumbuhkan ilham. saya permah menampalnya di entri 20 April 2014. perca-perca kenangan - perkenalan, pertemuan dan percakapan, saya satukan dalam cerpen tersebut. terima kasih kepada editornya, Sdr Nazmi Yaakub yang memahami dan menyiarkannya. saya tampal sekali lagi foto yang saya rakam dari Winter Garden, Grafton, Auckland, yang turut menjadi lukisan cerpen.
Image
Cerpen terbaru saya di Berita Harian, 3 Ogos 2014. Antara ilham dari Tanah Selandia Baru.