Patch Adams sangat mengilhamkan apabila saya mendapati sahabat doktor saya tidaklah seperti Dr Adams sama ada dalam filem atau watak sebenarnya. Malah saya pernah menulis Petala Rengsa dalam Dada (Mingguan Malaysia, 16 Disember 2007), merakam kisah doktor yang haloba. Kematian tragis Robins William,  pelakon yang saya senangi dengan  watak-watak kemanusiaannya, suatu yang sangat ironi. Begitu juga saya pernah menggunakan filem Dead Poet Society, untuk membawa mahasiswa mengenali guru sastera John Keating yang mengasihi pelajar-pelajarnya menerusi puisi. 

Comments