Sejak ramadhan, setiap kali berselisih di tempat letak kereta untuk pulang, kawan-kawan akan bertanya masak apa untuk berbuka? ya, saya memasak seperti hari-hari biasa. rutin. kami tidak ke bazar ramadhan untuk sekian tahun. saya juga sudah bertahun-tahun tidak ke pasar petang, pasar malam, pasar lambak, pasar tani. saya tidak suka bersesak-sesak! dan bukankah Imam al Ghazali pernah mengingatkan agar tidak dipuaskan nafsu makan dengan menikmati juadah yang tidak kita temui pada bulan-bulan lain. Allah, didiklah nafsu jahat kami, ya Allah!
Comments
saya pun sudah lama tidak ke beberapa jenis pasar itu.Lebih kurang begitulah pemandangan semasa saya berbuka puasa.Cuma safnya tidaklah sebanyak dan sepanjang yang di dalam gambar ini.
Cuma nak kata boikot nanti orang marah pula :)
semoga ramadhan kali ini yang terbaik!
semoga kita dapat manfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini. ustaz kata, anggap ini ramadhan terakhir kita!
dahulu, pergi ke bazar ramadhan adalah rutin harian pada bulan puasa..tapi sekarang tidak lagi..kerana masakan bonda lebih sedap rasanya.. hmm..nyam-nyam..(n_n)
masakan bonda akan selamanya yang terbaik!
kasihilah mereka ya Allah!