Sejak ramadhan, setiap kali berselisih di tempat letak kereta untuk pulang, kawan-kawan akan bertanya masak apa untuk berbuka? ya, saya memasak seperti hari-hari biasa. rutin. kami tidak ke bazar ramadhan untuk sekian tahun. saya juga sudah bertahun-tahun tidak ke pasar petang, pasar malam, pasar lambak, pasar tani. saya tidak suka bersesak-sesak! dan bukankah Imam al Ghazali pernah mengingatkan  agar tidak dipuaskan nafsu makan dengan menikmati juadah yang tidak kita temui pada bulan-bulan lain. Allah, didiklah nafsu jahat kami, ya Allah!

iftar impian saya

Comments

ardisia said…
Alhamdulillah,
saya pun sudah lama tidak ke beberapa jenis pasar itu.Lebih kurang begitulah pemandangan semasa saya berbuka puasa.Cuma safnya tidaklah sebanyak dan sepanjang yang di dalam gambar ini.
Saya juga masuk tahun ketiga menjauhi bazaar Ramadhan. Tapi tahun sebelum tu pun tidaklah ketagih ke bazaar. Tak sampai lima kali pun dalam bulan puasa tu.

Cuma nak kata boikot nanti orang marah pula :)
Mawar said…
Ardisia
semoga ramadhan kali ini yang terbaik!
Mawar said…
Norziati
semoga kita dapat manfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini. ustaz kata, anggap ini ramadhan terakhir kita!
Akmar said…
salam Dr..
dahulu, pergi ke bazar ramadhan adalah rutin harian pada bulan puasa..tapi sekarang tidak lagi..kerana masakan bonda lebih sedap rasanya.. hmm..nyam-nyam..(n_n)
Mawar said…
Akmar anak yang baik,
masakan bonda akan selamanya yang terbaik!
kasihilah mereka ya Allah!