Saya akan selalu memastikan hubungan kami terus berjalan; sama ada ia menerusi ziarah atau panggilan telefon. ini hadiah Makcik Timah Baba ketika kami bertemu jumaat lalu. dan setiap kali ke rumahnya saya akan mengenang Dr Othman Puteh (guru budiman) yang rancak bercerita melayan kami hingga lewat malam dan sebelum itu Hizairi Othman (rafik tersendiri) yang akan membuka pintu menyambut salam kami. oh, kenangan itu seperti kesidang yang sangat saya senangi. ia sering bersembunyi di balik para-para namun harumnya selalu menakluk dan berkuasa. dan buku ini tentunya menarik untuk ditekuni sekian kali, ya versi terjemahannya.
Comments
*selamat berhujung minggu...:)
wa'alaikumussalam. terima kasih atas perhatiannya. versi asal terbitan DBP dan ada cetakan terbarunya. sementara versi terjemahan oleh ITBM, klik pada "caption" gambar buku.
selamat berhujung minggu; ya, ternyata kenangan itu terus berbunga harum!
Al-Fatihah buat guru kami.
kak yatie, nz
al fatehah!
Kak Yatie NZ
mestilah ingat! TERjumpa saya semasa cari orang lain??? ohhh! emel atau fb ya, nak berbual panjang!
terima kasih,
mar@ukm.my
fb: mawarshafie