Saya akan selalu memastikan hubungan kami terus berjalan; sama ada ia menerusi ziarah atau panggilan telefon. ini hadiah Makcik Timah Baba ketika kami bertemu jumaat lalu. dan setiap kali ke rumahnya saya akan mengenang Dr Othman Puteh (guru  budiman) yang rancak bercerita melayan kami hingga lewat malam dan sebelum itu Hizairi Othman (rafik tersendiri) yang akan membuka pintu menyambut salam kami. oh, kenangan itu seperti kesidang yang sangat saya senangi. ia sering bersembunyi di balik para-para namun harumnya selalu menakluk dan berkuasa. dan buku ini tentunya menarik untuk ditekuni sekian kali, ya versi terjemahannya. 

Comments

Lady Windsor said…
Salam Dr Mawar, di mana boleh saya dapatkan buku ini sahabat? ...lantaran kenangan itu bukan saja seperti kesidang yang wanginya tersembunyi di rimbun para-para bahkan sentiasa mewangi setiap ketika seperti melur di hujung desa yang tidak pernah dilupakan apatah lagi kenangan itu sama berharga seperti 'mawar' yang sentiasa dicari orang...
*selamat berhujung minggu...:)
Mawar said…
Lady Windsor
wa'alaikumussalam. terima kasih atas perhatiannya. versi asal terbitan DBP dan ada cetakan terbarunya. sementara versi terjemahan oleh ITBM, klik pada "caption" gambar buku.

selamat berhujung minggu; ya, ternyata kenangan itu terus berbunga harum!
Oh, kenangan itu!
Al-Fatihah buat guru kami.
Anonymous said…
Assalamualaikum Mawar...ingat akak lagi tak?? ni kak yatie :) thn lepas akak balik malaya tapi tak berkesempatan nak jumpa mawar..ini pun akak meng'google' cari orang tapi terjumpa pulak blog mawar..

kak yatie, nz
Mawar said…
Nis
al fatehah!
Mawar said…
wa'alaikumussalam
Kak Yatie NZ
mestilah ingat! TERjumpa saya semasa cari orang lain??? ohhh! emel atau fb ya, nak berbual panjang!

terima kasih,
mar@ukm.my
fb: mawarshafie