Beberapa hari lalu saya mengisi borang soal selidik, antaranya bertanyakan mod perasaan apabila berhadapan dengan  situasi tertentu seperti adakah sdr mudah marah, sensitif, terganggu emosi, insomnia dan ragu-ragu. akhirnya saya dapati saya menandakan kesemuanya YA. sepanjang memandu pulang saya memikirkan, betapa buruknya saya ini. ya,  saya memang mudah marah misalnya ada pihak yang kononnya mahu menjelaskan perkara yang sudah terjadi. atau saya perlu terus berdoa sungguh-sungguh, ya Rahman ya Rahim, hilangkan kemarahan saya kepada manusia yang banyak berpura-pura.

Comments

diana Ukm (2006-2009) said…
Dr Mawar...begitulah kita sebagai manusia..kadang kala gagal menterjemahkan emosi dalaman kita dengan baik...namun sepanjang mengenali Dr...Dr Mawar seorang yg bijak mengawal emosi biarpun dalam keadaan marah....
Saya said…
Saya pun pemarah orangnya, lebih menyakitkan bila menyedari tabiat itu mengguris insan yang kita sayang...
Mawar said…
Diana,
hahaha, terima kasih. cuba kawal, cuba kawal.
Mawar said…
Sdr Saya,
memang mengguris. saya sedang cuba dan berdoa untuk kurangkan tabiat buruk ini.