Beberapa hari lalu saya mengisi borang soal selidik, antaranya bertanyakan mod perasaan apabila berhadapan dengan situasi tertentu seperti adakah sdr mudah marah, sensitif, terganggu emosi, insomnia dan ragu-ragu. akhirnya saya dapati saya menandakan kesemuanya YA. sepanjang memandu pulang saya memikirkan, betapa buruknya saya ini. ya, saya memang mudah marah misalnya ada pihak yang kononnya mahu menjelaskan perkara yang sudah terjadi. atau saya perlu terus berdoa sungguh-sungguh, ya Rahman ya Rahim, hilangkan kemarahan saya kepada manusia yang banyak berpura-pura.
Comments
hahaha, terima kasih. cuba kawal, cuba kawal.
memang mengguris. saya sedang cuba dan berdoa untuk kurangkan tabiat buruk ini.