Masa kian berubah dan kita juga terpaksa berubah kerananya. seperti baris-baris ini yang sempat saya rakam waktu mesyuarat di tempat saya bertugas...


ada luka di hujung siku
cepat ditutup dengan balutan
alahai, apalah nasib padamu buku
jurnal
kini menjadi sebutan.

nota: mungkin entri ini dapat dibaca beriringan dengan tulisan Salbiah Ani, Hanya kerana RM300, muslihat naik pangkat (Berita Harian, mei 6, 2010).


Comments

saleeh rahamad said…
apa nak buat, kita lahir terlewat daripada profesor yang lain2. waktu dulu tanpa jurnal pun sudah boleh naik
Mawar said…
Dato Saleeh
ya, sebab lain juga kerana kita terpaksa ikut permainan orang sains...
Mohd Tarmizi Hasrah said…
Minggu lepas (13 Mei) saya menghadiri syarahan Prof. Wan Mohd Nor tentang "PenafiPembaratan (Dewesternization) ilmu", juga ada ditimbulkan soal scorpus-scorpus ini.

Entahlah Dr. saya sebagai seorang pelajar kadangkala berasa sedih (juga bimbang) dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Bukan setakat scorpus saja tapi audit, kpi NC dan lain-lain.

Saya juga pernah berbual-bual dengan Prof. Shaharir (mantan TNC dan Prof. Matematik yang saya kagumi) tentang hal-hal itu. Kata Prof. mudah dan ringkas, "neo-colonization".

p/s: ini hanyalah catatan seorang pelajar yang tidak dapat mencerapi apa sebenarnya yang berlaku dalam pendidikan tinggi kita...:)
ya inilah yang terjadi sejak universiti berteraskanb sains dan teknologi semakin gah, semakin bergaya. Kita diundang membentang kertas kerja dan diminta
wang pendaran yang sama dengan peserta seminar. Begitu juga nilai pembentangan kertas kerja di arena antaran bangasa kalau berbahasa Melayu, juga kurang...walaupun seminar itu memang dalam kelompok sarjanaPengajian Melayu (pengalaman seminar di Moskow)
Dan sekarang peranan saya sebagai Ahli Lembaga di ....., juga kertas kerja tidak dibayar dengan alasan yang tidak logik : "kami melantik anda kerana kepakaran dan keahlian....jadi wajar beri sumbangan pengalaman"
Tak tahu undang dari mana pula ini??
uhh
betapa Islam itu tidak diletakkan di tempatnya; betapa agenda Barat yang tidak beragama itu menjadi keagungan kita, adusss
diana(ukm2006-2009) said…
salam Dr. Mawar..klu msih tidak terlmbat..selmat hari guru saya ucapkan....terima ksih ats segala ilmu yg telah diberikn......
Mawar said…
Tarmizi,
banyak yang kita tidak tahu dalam dada orang yang berilmu...
Mawar said…
Bonda Siti
ya, dunia ilmuwan yang kian aneh. saya jadi lemas dan selalu juga hilang arah jalan...:-(
Mawar said…
Dr Kay,
ya, kanda teringat konsep antroposentrisme. semuanya berpusat kepada manusia...di mana letak Tuhan di mata mereka? wallahu'alam.
Mawar said…
Diana,
terima kasih dan selamat maju jaya.
Anonymous said…
salam kak mawar,

dulu saya tidak faham kenapa timbul isu ramai pensyarah tidak menulis buku..

sekarang..mm patut la..

-fadhilah-
Mawar said…
Fadhilah
ya, saya pernah "terhimpit" antara menulis buku, rencana di majalah dan jurnal....
Anonymous said…
Askum Dr.

Saya orang baru dalam dunia pendidikan. Jujur, saya tidak melihat conference sebagai perkongsian ilmu..cuma untuk kumpul wang dan status. Sadis..Sangkanya dunia akademik ni suci lagi murni..
Anonymous said…
Sedihlah Mawar, ingat dunia akademik ni agak murni dan lebih teokratik..rupanya para ilmuwan juga mengejar dunia..
Mawar said…
Anonymous
saya teringat kata orang dalam hal agama. orang kecil akan diuji syaitan yang setara dengannya, jika imam, yang menguji ialah syaitan yang "besar". saya ingat, ilmuwan juga diuji syaitan yang setara dengannya....