Masa kian berubah dan kita juga terpaksa berubah kerananya. seperti baris-baris ini yang sempat saya rakam waktu mesyuarat di tempat saya bertugas...
ada luka di hujung siku
cepat ditutup dengan balutan
alahai, apalah nasib padamu buku
jurnal kini menjadi sebutan.
nota: mungkin entri ini dapat dibaca beriringan dengan tulisan Salbiah Ani, Hanya kerana RM300, muslihat naik pangkat (Berita Harian, mei 6, 2010).
Comments
ya, sebab lain juga kerana kita terpaksa ikut permainan orang sains...
Entahlah Dr. saya sebagai seorang pelajar kadangkala berasa sedih (juga bimbang) dengan keadaan yang berlaku sekarang.
Bukan setakat scorpus saja tapi audit, kpi NC dan lain-lain.
Saya juga pernah berbual-bual dengan Prof. Shaharir (mantan TNC dan Prof. Matematik yang saya kagumi) tentang hal-hal itu. Kata Prof. mudah dan ringkas, "neo-colonization".
p/s: ini hanyalah catatan seorang pelajar yang tidak dapat mencerapi apa sebenarnya yang berlaku dalam pendidikan tinggi kita...:)
wang pendaran yang sama dengan peserta seminar. Begitu juga nilai pembentangan kertas kerja di arena antaran bangasa kalau berbahasa Melayu, juga kurang...walaupun seminar itu memang dalam kelompok sarjanaPengajian Melayu (pengalaman seminar di Moskow)
Tak tahu undang dari mana pula ini??
betapa Islam itu tidak diletakkan di tempatnya; betapa agenda Barat yang tidak beragama itu menjadi keagungan kita, adusss
banyak yang kita tidak tahu dalam dada orang yang berilmu...
ya, dunia ilmuwan yang kian aneh. saya jadi lemas dan selalu juga hilang arah jalan...:-(
ya, kanda teringat konsep antroposentrisme. semuanya berpusat kepada manusia...di mana letak Tuhan di mata mereka? wallahu'alam.
terima kasih dan selamat maju jaya.
dulu saya tidak faham kenapa timbul isu ramai pensyarah tidak menulis buku..
sekarang..mm patut la..
-fadhilah-
ya, saya pernah "terhimpit" antara menulis buku, rencana di majalah dan jurnal....
Saya orang baru dalam dunia pendidikan. Jujur, saya tidak melihat conference sebagai perkongsian ilmu..cuma untuk kumpul wang dan status. Sadis..Sangkanya dunia akademik ni suci lagi murni..
saya teringat kata orang dalam hal agama. orang kecil akan diuji syaitan yang setara dengannya, jika imam, yang menguji ialah syaitan yang "besar". saya ingat, ilmuwan juga diuji syaitan yang setara dengannya....