Hanya mahu bercerita pengalaman ngeri semalam. saya muntah dan pitam seusai menderma darah. bp jadi rendah. isunya bukan tidak makan sebelum itu, tapi menderma sebaik selepas makan tengahari. bila terjaga di wad dalam kampus, doktor menjelaskan, saya dalam kategori yang perlu ada jurang masa makan lebih awal satu jam sekurang-kurangnya sebelum menderma. oh, begitu pula! saya belajar daripada itu dan harapnya ingatan untuk sahabat juga. aduhai, masih terbayang saya seperti tiada lagi di sini waktu jasad berada di perut ambulans... terima kasih saya buat semua yang membantu.

Comments
Ikhlas:
Dr. Rosnah dan Yus
terima kasih atas ingatan dan doanya. saya hargai sekali!
hidup ini biar ada manfaatnya untuk makhluk lain...saya darah A+
Pengalaman yang 'menarik' tu. Dapatkan cukup rehat ya. Sebulan dua lepas, saya tidak diizinkan menderma sebab bp tinggi. Terpaksa berlalu dengan hampa. Mungkin lokasi ofis buat bp tinggi; sebab dalam keadaan kerja tak selesai terus berkejar untuk menderma, darah pun tak sempat kembali normal.
awak pun jaga diri ya. bp tinggi, merisaukan tu...
dapatkan rehat secukupnya. terkejut juga saya dengar berita sebab kita baru bergurau tentang cerpen pada semalamnya kan? harap tak ada apa-apa lagi selepas ini.
kerja DIA tak siapa yang tahu...
"insan" mungkin secara kontekstual dalam tanggapan sdr. sedangkan saya melihat "makhluk" dalam kosmologi yang lebih lebar... wallau'alam. ya, insya Allah sdr seorang yang budiman dan dermawan :-)
i'm getting better, alhamdulillah. thanx for the sweet thoughts.
Semoga cepat sembuh.
Hari Sabtu lepas saya juga 2 kali naik ambulans sesi pagi dan sesi petang...dpd DECTAR tu kerana pelajar kelas muzik pengsan semasa kelas berlangsung...kita tidak mengenali satu sama lain, tidak tahu siapa waris mereka dan sekarang budak tu masih di HS. Dah sakit, dah dapat MC pun boleh datang balik ke kelas...Nah! Pengsan lagi... Wah! Terkejut badak semua...semangatnya tu semua rakan-rakan 'bakal ahli muzik' ni berjiwa mulia saling bantu membantu, mengangkat, menelefon, memanggil ambulans dsbnya....terakhirnya seronok juga saya dapat naik ambulans yang dipasang lampu di atasnya....lajunya memecah kesunyian kampus...yang sakit dah le tu terlantar le tak sedar-sedar walau dipanggil berkali-kali...al-kisahnya
menarik juga kisah ni. mmm,nanti saya pindahkan dalam cerpen ya!
ps: lucu apabila Dr di rawat oleh Dr. :)
alhamdulillah. hanya DIA yang tahu lorong perjalanan kita seterusnya...