Hanya mahu bercerita pengalaman ngeri semalam. saya muntah dan pitam seusai menderma darah. bp jadi rendah. isunya bukan tidak makan sebelum itu, tapi menderma sebaik selepas makan tengahari. bila terjaga di wad dalam kampus, doktor menjelaskan, saya dalam kategori yang perlu ada jurang masa makan lebih awal satu jam sekurang-kurangnya sebelum menderma. oh, begitu pula! saya belajar daripada itu dan harapnya ingatan untuk sahabat juga. aduhai, masih terbayang saya seperti tiada lagi di sini waktu jasad berada di perut ambulans... terima kasih saya buat semua yang membantu.

Comments

mentarimerah said…
Salam, kasihan Dr. Mawar, tak mengapalah, itu semuanya jadi pengalaman. Semoga cepat sembuh dan jangan kerja kuat sangat.Kami doakan Dr. Mawar cepat sembuh.

Ikhlas:
Dr. Rosnah dan Yus
Mawar said…
Dr Ros dan Yus yang baik,
terima kasih atas ingatan dan doanya. saya hargai sekali!
Wak Parjo said…
Alhamdullilah, mujur tiada apa-apa yg serious berlaku. Tapi kecekalan dan kemurnian hati Dr Mawar untuk membantu orang lain patut dipuji dan menjadi contoh kepada yang lain. Dr Mawar darah jenis apa? (senang nak cari kalau memerlukan he he...)
Mawar said…
Wak Parjo,
hidup ini biar ada manfaatnya untuk makhluk lain...saya darah A+
Salina Ibrahim said…
Mawar,
Pengalaman yang 'menarik' tu. Dapatkan cukup rehat ya. Sebulan dua lepas, saya tidak diizinkan menderma sebab bp tinggi. Terpaksa berlalu dengan hampa. Mungkin lokasi ofis buat bp tinggi; sebab dalam keadaan kerja tak selesai terus berkejar untuk menderma, darah pun tak sempat kembali normal.
Mawar said…
Cik Sal,
awak pun jaga diri ya. bp tinggi, merisaukan tu...
Chempaka Aizim said…
Dr Mawar,
dapatkan rehat secukupnya. terkejut juga saya dengar berita sebab kita baru bergurau tentang cerpen pada semalamnya kan? harap tak ada apa-apa lagi selepas ini.
Wak Parjo said…
'Makhluk' seharusnya ditukar penggunaannya kepada 'Insan' supaya lebih sempurna :) Saya berdarah O+ .. penderma yang baik tetapi sukar untuk menerima darah yang lain. Harap ada yang baik hati seperti Dr Mawar untuk menderma...
Mawar said…
Uyaisha,
kerja DIA tak siapa yang tahu...
Mawar said…
Wak Parjo,
"insan" mungkin secara kontekstual dalam tanggapan sdr. sedangkan saya melihat "makhluk" dalam kosmologi yang lebih lebar... wallau'alam. ya, insya Allah sdr seorang yang budiman dan dermawan :-)
Rositah Ibrahim said…
Salam, hope you are doing fine by now.
Mawar said…
Itah,
i'm getting better, alhamdulillah. thanx for the sweet thoughts.
Oh !
Semoga cepat sembuh.
Mawar said…
Terima kasih sdr Zainal.
saadah said…
Dr. Mawar,
Hari Sabtu lepas saya juga 2 kali naik ambulans sesi pagi dan sesi petang...dpd DECTAR tu kerana pelajar kelas muzik pengsan semasa kelas berlangsung...kita tidak mengenali satu sama lain, tidak tahu siapa waris mereka dan sekarang budak tu masih di HS. Dah sakit, dah dapat MC pun boleh datang balik ke kelas...Nah! Pengsan lagi... Wah! Terkejut badak semua...semangatnya tu semua rakan-rakan 'bakal ahli muzik' ni berjiwa mulia saling bantu membantu, mengangkat, menelefon, memanggil ambulans dsbnya....terakhirnya seronok juga saya dapat naik ambulans yang dipasang lampu di atasnya....lajunya memecah kesunyian kampus...yang sakit dah le tu terlantar le tak sedar-sedar walau dipanggil berkali-kali...al-kisahnya
Mawar said…
Sis Saadah
menarik juga kisah ni. mmm,nanti saya pindahkan dalam cerpen ya!
JBSKMKJ said…
Syukur Dr Mawar selamat. Masih jauh perjalanan Dr. Masih banyak ilmu yang perlu dikongsi.

ps: lucu apabila Dr di rawat oleh Dr. :)
Mawar said…
Nai
alhamdulillah. hanya DIA yang tahu lorong perjalanan kita seterusnya...