Suatu malam dalam februari lalu, kami menanti lapis-lapis kelopak putih bakawali di taman kecil. ternyata ia pengalaman indah dan wangi, seharum bunga kembang malam ini. dari jam 9 hingga dinihari kami menekuni ciptaan Tuhan yang kami cinta. sepanjang itu kami mengucap tasbih dan tahmid...

Comments

hasni Jamali said…
alhamdulillah, semoga kita terus mengingati-NYA, walau apa-apa jua keadaan.

dr. tentang sahabat saya (syed) ditimpa musibah beberapa minggu lalu, sama2 ya kita doakan moga dia tabah. saya juga sudah membisikkan kata-kata semangat untuknya.

dan harapan sama-sama kita mengulang bait tasbih bagi mendapat keberkatan dari setiap yang kita lalui di dunia ini. ya.
Chempaka Aizim said…
Dr,
apa nama bunga ini? cantik sekali kelopaknya... sy mmg tidak tahu langsung ttg ilmu botani. :)
Anonymous said…
dr mawar...sangat cntik dan memberi satu ketenangan yg x digmbarkan melihatnya..kuasa tuhan....Dr mawar...apa pendapat dr sekiranya hawa memberi sejambak mawar kepada adam?beri pendapat ye...
Mawar said…
Hasni
apa yang berlaku ke atas Syed. minta dikabarkan.
Mawar said…
Uyaisha
menurut abang ipar yang menghadiahkannya kepada kami, ia adalah bunga bakawali atau ada yang memanggil bunga harum/kembang malam. menurutnya, ia hanya kembang di tengah malam dan akan layu menjelang subuh. pengalaman saya menunggu separuh malam, ia benar. kembangnya kembali menutup saat matahari muncul. subhanallah, ia antara ciptaan Tuhan yang menginsafkan saya.
Mawar said…
Sesuatu,
dunia hari ini banyak kontradiksi. mungkin sahaja si adam sangat mengharapkan bunga (seperti Gary dalam Message in the Bottle, heh...) dan si hawa sebaliknya. peribadi, saya gemar "kejutan"; hilangkan monotonous hidup. boleh cuba, saya tahu ada "adam" yang suka "dikejutkan" begitu. selamat ya!
Anonymous said…
Salam Dr Mawar, u r lucku..!! saya bertahun menunggu kembang bakawali di rumah bonda saya di kampung...walaupun akarnya melilit sebahagian besar pagar besi di belakang rumah kami, saya tidak pernah berpeluang menunggu kembangnya. Kata bonda saya, ketika kembangnya bakawali pada tengah malam, ia akan sedikit bergetar dan mengeluar air dari bahagian stigmanya dan air itu dikatakan berkhasiat untuk dijadikan seribu penawar..wallah..saya hanya mendengar dan tidak pula terfikir untuk mempercayainya..mitos kan...apa-apa pun, Mawar beruntung!

Sha
Lumut Pagi said…
Salam Dr.

Kali pertama dalam hidup saya melihat bakawali, bunga suci yang putih berseri...

Ciptaan-NYA sentiasa sahaja mengingatkan kita betapa DIA maha berkuasa...