Suatu malam dalam februari lalu, kami menanti lapis-lapis kelopak putih bakawali di taman kecil. ternyata ia pengalaman indah dan wangi, seharum bunga kembang malam ini. dari jam 9 hingga dinihari kami menekuni ciptaan Tuhan yang kami cinta. sepanjang itu kami mengucap tasbih dan tahmid...
Comments
dr. tentang sahabat saya (syed) ditimpa musibah beberapa minggu lalu, sama2 ya kita doakan moga dia tabah. saya juga sudah membisikkan kata-kata semangat untuknya.
dan harapan sama-sama kita mengulang bait tasbih bagi mendapat keberkatan dari setiap yang kita lalui di dunia ini. ya.
apa nama bunga ini? cantik sekali kelopaknya... sy mmg tidak tahu langsung ttg ilmu botani. :)
apa yang berlaku ke atas Syed. minta dikabarkan.
menurut abang ipar yang menghadiahkannya kepada kami, ia adalah bunga bakawali atau ada yang memanggil bunga harum/kembang malam. menurutnya, ia hanya kembang di tengah malam dan akan layu menjelang subuh. pengalaman saya menunggu separuh malam, ia benar. kembangnya kembali menutup saat matahari muncul. subhanallah, ia antara ciptaan Tuhan yang menginsafkan saya.
dunia hari ini banyak kontradiksi. mungkin sahaja si adam sangat mengharapkan bunga (seperti Gary dalam Message in the Bottle, heh...) dan si hawa sebaliknya. peribadi, saya gemar "kejutan"; hilangkan monotonous hidup. boleh cuba, saya tahu ada "adam" yang suka "dikejutkan" begitu. selamat ya!
Sha
Kali pertama dalam hidup saya melihat bakawali, bunga suci yang putih berseri...
Ciptaan-NYA sentiasa sahaja mengingatkan kita betapa DIA maha berkuasa...