Saya baru sudah membaca cerpen sahabat baik, SM Zakir "Paya Purnama" (Dewan Siswa, Mac 2009). kisah yang saya gemari - persahabatan dan kenangan waktu kecil. antara para akhir Zakir menulis, benarkah dia mempunyai sahabat semasa kecil yang bernama Soh Chan Heng dan Nik Danial Hakim? mungkin dia hanya mereka-reka cerita...oh, saya sedang mengalami kegilaan yang sama! selama ini saya amat yakin Margaret Thatcher pernah ke sekolah kami. hanya minggu lalu teman sekelas ketawa beriya2 seraya menafikan sekeras2nya cerita saya itu. guru kami juga mengesahkan dan berkata, patut sekali mawar jadi penulis. sangat imaginatif! jadi lebih terkedu bila mengenang saya pernah keliru sama ada Mrs Thatcher yang datang atau Puteri Diana!
Comments
terima kasih Ren. semua orang senang dengan keindahan, kan?
Alahai, Puteri Diana datang ke sekolah, oh alangkah indahnya. Sebuah mimpi kayangan, hehehe
sy senang sekali mahu menjemput sendiri Dr ke majlis anak-anak tahun dua pada malam ini. maaf sy tidak dapat bersemuka dengan Dr untuk menjemput sendiri atas alasan sibuk. harap Dr seronok dengan cerpen yang berjaya diolah menjadi skrip drama ini. :)
slm syg,
aisya
ps; sy tahu Dr susah utk drive pd waktu mlm. jadi, jemputlah suami Dr sekali. :)
ya, khayalan (rupanya!) saya itu memang macam cerita tentang kayangan. ada bidadari yang bersayap halus, ada puteri yang sentiasa mahu membantu. kemudian munculnya putera raja. alangkah!
terima kasih atas undangan peribadi yang amat saya hargai ini. malang sekali selepas waktu pejabat jumaat hingga ahad saya berada di luar kawasan untuk KERJA. saya pastinya mahu melihat "apabila bayangan berbisik" (cerpen Dewan Siswa, Januari 2009) di pentas. selamat dan selamat untuk teatermu itu.
Agaknya 'Putera Kayangan' tu yang sudah mencari teman seumur hidup Dr, agaknya ya? Jangan marah, hehe
Sampaikan salam mesra saya buat 'Putera Kayangan' Dr, mudahan kalau ada kesempatan dapatlah saya bertemu dengannya nanti.
ya, insya Allah nanti dapat bertemu dengan si Putera Kayangan...:-)
pastinya. sehingga SN Shahnon Ahmad menamakan sebuah bukunya - pengalaman, ilmu , IMAGINASI dan kitarannya.