Saya baru sudah membaca cerpen sahabat baik, SM Zakir "Paya Purnama" (Dewan Siswa, Mac 2009). kisah yang saya gemari - persahabatan dan kenangan waktu kecil. antara para akhir Zakir menulis, benarkah dia mempunyai sahabat semasa kecil yang bernama Soh Chan Heng dan Nik Danial Hakim? mungkin dia hanya mereka-reka cerita...oh, saya sedang mengalami kegilaan yang sama! selama ini saya amat yakin Margaret Thatcher pernah ke sekolah kami. hanya minggu lalu teman sekelas ketawa beriya2 seraya menafikan sekeras2nya cerita saya itu. guru kami juga mengesahkan dan berkata, patut sekali mawar jadi penulis. sangat imaginatif! jadi lebih terkedu bila mengenang saya pernah keliru sama ada Mrs Thatcher yang datang atau Puteri Diana!

Comments

kanda yang dihormati. dinda gemar ke mari; melihat foto2 yang indah, membaca diksi2 dan madah. sangat bermakna. ;)
Mawar said…
Adindaku,
terima kasih Ren. semua orang senang dengan keindahan, kan?
Anonymous said…
Salam,

Alahai, Puteri Diana datang ke sekolah, oh alangkah indahnya. Sebuah mimpi kayangan, hehehe
Chempaka Aizim said…
Dr Mawar,
sy senang sekali mahu menjemput sendiri Dr ke majlis anak-anak tahun dua pada malam ini. maaf sy tidak dapat bersemuka dengan Dr untuk menjemput sendiri atas alasan sibuk. harap Dr seronok dengan cerpen yang berjaya diolah menjadi skrip drama ini. :)

slm syg,
aisya

ps; sy tahu Dr susah utk drive pd waktu mlm. jadi, jemputlah suami Dr sekali. :)
Mawar said…
Sdr Ilham
ya, khayalan (rupanya!) saya itu memang macam cerita tentang kayangan. ada bidadari yang bersayap halus, ada puteri yang sentiasa mahu membantu. kemudian munculnya putera raja. alangkah!
Mawar said…
Si Manis Uyaisha,
terima kasih atas undangan peribadi yang amat saya hargai ini. malang sekali selepas waktu pejabat jumaat hingga ahad saya berada di luar kawasan untuk KERJA. saya pastinya mahu melihat "apabila bayangan berbisik" (cerpen Dewan Siswa, Januari 2009) di pentas. selamat dan selamat untuk teatermu itu.
Anonymous said…
Salam kembali Dr,

Agaknya 'Putera Kayangan' tu yang sudah mencari teman seumur hidup Dr, agaknya ya? Jangan marah, hehe

Sampaikan salam mesra saya buat 'Putera Kayangan' Dr, mudahan kalau ada kesempatan dapatlah saya bertemu dengannya nanti.
Abu Muazz said…
catatan yang memberi inspirasi, penulis kena bnyk khayalannya, mcam tu ye Dr Mawar? nak kena khayal sokmo la nih... baru datang mood dan idea nak menulis...
Mawar said…
Sdr Ilham
ya, insya Allah nanti dapat bertemu dengan si Putera Kayangan...:-)
Mawar said…
Sdr Hamidi
pastinya. sehingga SN Shahnon Ahmad menamakan sebuah bukunya - pengalaman, ilmu , IMAGINASI dan kitarannya.