Posts

Showing posts from 2009
Image
Hey, saya mahu berlari jauh dari rutin. ayuh, kita ke pantai, bersama angin, ombak dan asin dari tanjung biru!
Image
Aneh sekali, tahun ini kami bekerja dengan seribu lelah. sebelum benar-benar menutup lawang 2009, kini sudah bermula kerja tahun hadapan saat mahasiswa memasuki semester baru isnin lalu. begitu dua minggu ini, kami sudah menyelak takwim 2010. saya seperti sang burung dalam lakaran yang berjudul The Wanderer ini, dan melayah terus ...
Image
Angin di penjuru tahun seperti selalu, membawa banyak cerita. banyak versi yang dikirim. kita akhirnya jadi mahu membaca masa lampau atau apa yang sudah dilewati selama kurang lebih 365 hari. namun indah sekali di sebuah petang, dalam deru angin yang mencengkam, bersama redup suasana, dari taman di rumah, saya mendongak, ada layang-layang pelbagai rupa dan warna, kembali membawa saya terbang. o, asyiknya!
Image
Sahabat semua dipersilakan hadir ya!
Image
Daisy terselit di kotak surat. Saya terima dengan rasa sangat bahagia sebagai hadiah tahun baru. Ia juga hadiah ulang tahun. Ia juga hadiah persahabatan. Terima kasih si pencari Jung Woo-sung! Selamat Tahun Baru 1431.
Image
Seharian mengurus perihal duniawi, usai hari terakhir 1430, saya memasuki masjid dengan kaki letih bercampur gembira untuk mendakap tahun baru. namun aneh sekali masjid sepi; hinggakan saya kembali mencongak, esokkah satu muharam? tapi akhirnya azan maghrib yang lewat, memujuk saya. seusai solat jemaah satu saf, saya memandu membeluk malam yang ada sisa hujan bersama baki hiba kerana tiada yang memimpin doa penutup dan awal tahun. tiba di rumah menghadap berita tv, saya tahu pasukan bola sepak negara menang di Vientiane. oh, saya semakin kesal jika itulah punca si ketua doa, terlewat untuk bersama-sama kami di masjid tadi....
Image
Majlis Bicara Karya Sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan Disember 19, MPH MidValley, 2 hingga 3 petang. jumpa ya!
Image
Menarik sekali di kelas cuti sekolah kami, ada Sangitha dan Azizi!
Image
Saya senang mengenali dengan akrab sarjana sasterawan budiman ini, sejak 1999. sangat merendah hati walau ilmunya melaut dan itu banyak mendidik saya untuk jadi sepertinya... saya mahu membaca lagi olenka, orang-orang bloomington, rafilus dan sangat mahu memiliki laki-laki lain dalam secarik surat. terima kasih Pak Budi!
Image
Banyak yang harus kita terima dan redha dalam hidup. saya pasti banyak rahsia yang Disimpan-Nya dan kita sering menduga-duga... foto manis ini oleh Eni, anak bijak dari kem cuti sekolah.
Image
kisah ikan. dengan rasa bersalah dan kesal, sedih pastinya, saya berdoa agar fansuri tidak mati setelah melompat keluar dari kolamnya. doa saya ternyata dimakbul Dia. saya pindahkan fansuri dan si kecil nadim ke kolam yang lebih selesa. aneh, pulang dari kerja, saya tidak melihat nadim. sebaliknya hanya fansuri dengan lenggok perlahannya seperti sedang menanti. atau nadim memberi nyawa kepada fansuri, langsung pergi meninggalkan kami...
Image
Saya mengenali seorang nenek yang sangat sayangkan kucing-kucing jalanan; memberi makan hampir setiap pagi di penjuru lorong rumah kami. saya juga mengenali beberapa lain menyua kasih yang sama. Salam Idul Adha buat semua, salam kasih juga ...
Image
Cerpen saya di Mingguan Malaysia , November 22 2009. terima kasih kepada editornya, Sdr Ku Seman Ku Hussain. saya juga senang dengan lukisan yang cantik ini. sudikan membacanya ya!
Image
SAKM X sudah berakhir... Belayar berbelok-belok Sauh dibongkar di tempat tenang Yang tinggal hati tak elok Yang pergi hati tak tenang. ps: pantun yang molek di layar makan malam SAKM X, DBP.
Image
Tokoh Kesusasteraan Melayu yang saya sanjungi, Bonda Prof Datuk Dr Siti Hawa Hj Salleh, bakal menyampai ucap utamanya di SAKM X 18 November 2009. Buku mahalnya ini akan dilancar sama...
Image
Di Dewan Kuliah 3B301, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM. 8.00 - Pendaftaran 9.00 - Pembukaan & Pelancaran Kelopak Pemikiran Sastera Melayu 10.00 - Ucap utama 11.00 - Sidang bermula Jumpa nanti ya!
Image
Mimpi tidak jarang menjadi penawar bila sebenarnya kita merindui seseorang tanpa kita tahu. Rindu itu mengalir membeluk masuk ke daerah bawah sedar. kita bertemu dengan dia yang sudah lama bermukim dalam kenangan... seperti pohon buluh di hadapan dapur ini, yang bagai mimpi, sudah begitu tinggi melepasi tanpa saya sedari.
Image
  SAKM X diadakan di Dewan Kuliah 3B 301 berhampiran lobi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Yuran RM100 dan pelajar RM50. Perucap utama ialah Prof Dato' Dr Siti Hawa Hj Salleh. Antara pembentang dengan bidang masing2: Prof Sahlan Mohd Saman (agama), Prof Noriah Mohamed (kreativiti), Prof Dato Nik Shuhaimi Nik Abd Rahman (arkeologi), Prof Ungku Maimunah Mohd Tahir (sains sosial), Sdr Nizal Mohammad (penyiaran), Sdr Shamsudin Othman (kreativiti), Hj Naffi Mat (pendidikan), Sdr Siti Rafiah Sulaiman (terjemahan), Sdr Isa Kamari (senibina), Sdr Nisah Hj Haron (undang2), Prof Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (fizik), Dr Rahmat Haroun (perubatan), Sdr Sharkawi Che Din (IT), Sdr Hara Shintaro (pendidikan), Sdr Rahimidin Zahari (wayang kulit) dan Sdr Ahmad Fedtri Yahya (muzik). Jumpa ya!
Image
Jemputlah ke tempat kami!
Image
Sejak minggu lalu rumah kami (atau dalam kereta) meriah dengan lagu lama ini. Ada yang tak henti-henti mahu terus menyanyi... Burung kakak tua hinggap di jendela Nenek sudah tua, giginya tinggal dua. Letchum letchum letchum (ah chuuummm!) O la la laaaaaa! Burung kakak tua.....!
Image
Kisah Olin mengangkat Momo dari sebuah rumah perlindungan. Momo, asalnya anak jalanan yang ditinggal ibu. Lalu dia diberi rumah dan disayangi. membaca iklan di internet tentang Momo, seisi rumah setuju dengan usul Olin lalu memberi ikrar untuk mengasihi Momo selagi hayat ada. Momo, si pemalu tapi manja, tidak mahu difotokan. tapi ini sempat dirakam, penjuru yang selalu didatanginya dengan dering loceng...
Image
Sudah dua hari, si rama-rama berbelang warna melekap hinggap di dinding dapur. Senang dengan kehadirannya, setiap kali menyediakan makan malam, ada yang datang meneman...
Image
Alif Matiin mengheret kerusi dari dapur ke ruang tamu rumah Wan dan Atuk. Aneh. Wan bertanya, untuk apa. "... nak baca Quran", tangan kecil Matiin menyelak2 buku tahlil Wan. pasti kami, paling tidak mummynya, sebak. ini antara album kegemaran Alif Matiin, akan dipasang dalam kereta setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.
Image
I have journeyed, endless miles. Seen many others, where I took rest a while. On this boat called "near and far". To be what you must, you must give up what you are. Only on a wind of hope my heart said. Braving mystic oceans to arrive. Those who do not leave and choose to stay. Many survive. Be you dust or be you star. To be what you must, just reach out for what you are. And though you travel many roads. There's but one way and that's the one you chose. (Brother Yusuf, To be What you Must) Si ungu di satu sudut Mt Washington.
Image
... literature is a “diamond” - that transmit and shed lights radiantly to the readers. The beauty of the language, sound moral values, and the plots are all woven with a splendid creativity. In my humble opinion, literature is a “diamond” in which in its origin needed to be shaped and polished so we could appreciate its lustrous beauty. This glittering “diamond” (literature) will always shine into the emotion of the readers. In all, literature moulds and shapes the humankind. ~ Azmah Nordin, Penerima Anugerah SEA Write 2009 ~ Tahniah Mummy!
Image
Silakan datang untuk semua!
Image
Writing was the only place where I could live by the standards I dreamt of and the only place where I could express what I could never live ~ Herta Müller, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2009~
Image
Setiap pagi atau petang dalam perjalanan pergi dan pulang, Alif Matiin selalu sahaja mahu melihat keretapi menderu di bahu jalan. o, saya mahu belajar apa yang diperhati dan apa ada dalam hati seorang anak. foto ini dirakam berhampiran Barnes n Nobel, dekat kampus Johns Hopkins.
Image
Saya temui si cantik ini di Mt Washington dalam dingin musim luruh... buat Zahar, selamat merai 12 tahun hidup bersama. ah, tiba-tiba saya jadi gemuruh!
Image
Menghargai apa yang kita ada bila kita sudah tidak punya ... foto ini saya (sempat) rakam saat perut perlu sekali diisi di antara lorong Broadway yang tidak pernah sepi.
Image
Saya melihat kembali anak kecil manis bertocang dua, menggunting dan menampal Peanuts dari keratan akhbar, di buku lukisannya. dia menerima Snoopy sebagai hadiah hari lahir. keratan ini dirakam dari Newseum, Washington.
Image
   Walau jauh kaki melangkah, rumah adalah tempat jiwa terpahat...   ini adalah ruang tamu rumah Sim dan Ann
Image
Dikejar angin musim luruh yang menyeberang datang antara celah ranting daun maple yang mula jadi merah, saya memanjat Mt Washington dan mahu tahu banyak tentang kebesaran Ilahi dan Valija ...
Image
Kisah Dr N mengapa akhirnya dia memilih menjadi psikologis dan bukan ahli matematika. kisah lama seorang lelaki yang mengalami rayanan. saya mahu rehat, saya mahu pulang dan tidur. Dr N, pasti sahaja meminta lelaki itu berbuat demikian bila melihat dia begitu lelah dan tidak bermaya. beberapa jam lelaki itu pulang, dan Dr N mendapat panggilan lelaki itu mati di tangan sendiri. oh, saya mahu sahaja memindah cerita ke atas kertas. foto dirakam saat kami makan malam di muzium seni Baltimore (BMA).
Image
Pertama kali saya ke stadium bola (sepak amerika), dan rasakan kemeriahannya. mungkin sahaja dengan angin dingin musim rontok (tanpa asap rokok, oh, di tanahairku, bolehkah menonton dan merokok?). saya juga harus ambil kisah, warna baju atau skarf apa yang harus disarung. jadi tidak tentu arah bila di hujung permainan baru menyedari saya datang menyokong Ravens (dan Flacco ungu) dengan skarf warna pasukan lawan, Browns ! 0...0...
Image
  Once upon a midnight dreary, while I pondered, weak and weary, over many a quaint and curious volume of forgotten lore, while I nodded, nearly napping, suddenly there came a tapping, as of some one gently rapping, rapping at my chamber door."'Tis some visitor," I muttered, "tapping at my chamber door — Only this, and nothing more." Saya bertemu Poe dan The Raven (1845) di sudut Inner Harbor.
Image
Saya kembara lagi di lebaran kali ini...
Image
Lebaran yang singkat sekali tahun ini! Namun kesempatan yang ada pasti saya mahu menghulur dan memohon kemaafan dari semua yang disayangi...
Image
Salam Saudaraku, maaf zahir batin dan salam idulfitri salam tulus, ~ mawar sekeluarga ~
Image
Dalam kuliah puisi di awal pagi, saya mohon mahasiswa jadi lelaki budiman seperti yang saya kenal pada almarhum Pak Usman Awang. saya titip puisi masyhurnya, Kekasih, sebagai petua jadi budiman , alunan Ibrahim Bachik. ah, saya tak akan jemu mendengarnya! Akan kupintal buih-buih Menjadi tali mengikatmu Akan kuanyam gelombang-gelombang Menjadi hamparan ranjang tidurmu Akan kutenun awan gemawan Menjadi selendang menudungi rambutmu Akan kujahit bayu gunung Menjadi baju pakaian malammu Akan kupetik bintang timur Menjadi kerongsang menyinari dadamu Akan kujolok bulan gerhana Menjadi lampu menyuluhi rindu oh … Akan kurebahkan matari Menjadi laut malammu Menghirup sakar madumu Kekasih hitunglah mimpi Yang membunuh realiti Dengan syurga ilusi …
Image
Pagi minggu yang basah dek hujan panjang malam tadi, saya memandu sendiri ke kampus untuk kuliah. Suara Brother Yusuf memujuk dengan All Kind of Roses - antaranya all kinds of roses, creatures, children, faces and lanterns but there’s only One God, only One God has a place in my heart ...
Image
Rindu pada masakan bonda antara yang sangat dirasakan dalam ramadhan begini. bubur nasi berempah bonda sering juga dihiasi sambal terasi - belacan, lada merah dicampur tomato dadu, perahan serta hirisan kulit limau dengan sedikit gula. saya semakin mahir mewarisinya...
Image
Karuna ke bilik kerja saya katanya, "saya mahu cipta Hang Tuah sebagai saudagar rempah." ah, menarik sekali. kajilah rempah ratus yang ada. saya terus teringat filem menarik The Mistress of Spices, si mata merak Aishwarya Rai. sila baca respons entri ogos 27, mungkin sdr (mahasiswa SKMM2083) dan sdr juga (yang berminat menyertai kembara Hang Tuah kami) dikurniakan ilham! antaranya Siraj mahu tulis kisah HT dan senibina Melayu.
Image
Renungan Indah WS Rendra Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku, bahwa sesungguhnya ini hanya titipan, bahwa mobilku hanya titipan Nya, bahwa rumahku hanya titipan Nya, bahwa hartaku hanya titipan Nya, bahwa putraku hanya titipan Nya, tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku? Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku? Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini? Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku? Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ? Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka, kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita. Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku, aku ingin lebih banyak harta, ingin lebih banyak mobil, lebih banyak rumah, lebih banyak popularitas, dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan, Seolah semua “derita” adalah huk
Image
Hari ini saya mulakan bahagian kedua kuliah Penulisan Kreatif SKMM2083. antara tugasannya ialah menulis cerpen berasaskan Hang Tuah. mahasiswa akan bergerak dari catatan jurnal dalam blog masing2; menulis hampir setiap hari tentang diri mereka dan Hang Tuah. menarik! apa bentuk keakraban yang dilakri antara sdr dengan hero bangsa itu? hey, terimalah cabaran saya. untuk permulaan saya ajukan foto ini ( www.silat-melayu.blogspot.com ). kita sambung lagi nanti...
Image
Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. Yaasin: 40.
Image
Salam Ramadhan yang dinanti kepada semua sahabat dan saudaraku. Ampun maaf atas segala kekhilafan saya sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan seribu kebaikan. amin.
Image
Saya baru pulang meraikan mahasiswa yang menerima ijazah. kalungan TAHNIAH kepada semua anak didik yang berjaya. selamat kepada semua pelajar yang disayangi untuk menghadapi hidup baru; bak pantun NC - Biarlah orang bertanam buluh, mari kita menanam padi Biarlah orang bertanam musuh, marilah kita menanam budi.
Image
Aku akan tebarkan jala ini ke atas dunia. Aku yang mendapat segala-galanya yang baik dan yang buruk. Yang baik aku letakkan di sebelah kanan. Yang buruk aku asingkan di sebelah kiri.” (HHTSS, hlm. 167) Tahniah Sasterawan Negara ke 10, Dato Dr Anwar Ridhwan.
Image
Sdr dipersilakan hadir!