Bayangkan kesedihan yang menimpa jiwa, sepanjang minggu lalu, deretan dalam "kotak masuk" fon bimbit adalah khabar seribu gundah - tentang pemergian. misalnya ibu pergi seusai maghrib. ayah baru kembali menemuiNya. tetangga yang sering saya sapa, rupanya dalam perjalanan yang paling aman ke sana... dan saya pula dengan pengalaman rasa yang aneh, harus menyampaikan berita luka, "guru kita telah tiada". message in a bottle (nicholas sparks), antara filem/novel yang saya gemar. saya lihat semua khabar itu seperti disimpan dalam balang kaca, hanya menanti masa kita menemuinya di pasir pantai...

Comments

mariahsj said…
Kesedihan itu adalah rasa duka dan hiba yang tersimpan di dada. Hanya kita yang tahu sebab kita yang merasa, melayari pedih dalam zikir dan solat. Syukur kepada Tuhan kerana sering menduga kita dengan pelbagai petanda, yang mengingatkan bahawa kita adalah makhluk kerdilNya.
Mawar said…
Sis Mariah,
indeed... much love.
Anonymous said…
A bottle of air ....

Each and everyone of us,
in every second that pass,
is on our journey to eternity.
Every puff of air that we breath
means only one thing.....
we have spent a volume of the promised air
For the duration of our brief stay
On this planet that is doomed to fray
And that very puff of air
locked in a bottle floating on the sea
May be the last of the promised air.
Anonymous said…
Saya sendiri baru mengalami pemergian datuk tersayang dan sepupu yang pergi mengejut dalam kemalangan jalanraya. Semoga roh mereka semua dirahmati Allah, dan kita yang masih hidup harus terus tabah bergelut dengan kehidupan. Semoga Dr. Mawar melalui detik-detik sedih ini dengan tabah dan sabar. *Hugs*
Mawar said…
Ungu,
thanks for the contemplation session. yes, that very puff of air ...
Mawar said…
Nor,
oh, ini juga sebuah kesedihan buat saya. salam takziah yang dalam.
moga perjalanan kembali mereka dinanti-nanti yang di langit dengan bunga...
Anonymous said…
a'kum.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)
Semua akan pergi,Semua akan pergi. Sungguhkan ibumu juga tiada.Al-fatihah. Bonda jauh tinggal di desa. Amin
Mawar said…
Sdr Jhaz,

terima kasih! salam kenal.
Mawar said…
Bunda Siti,

mak masih sihat. alhamdulillah.
tidak, yang saya maksudkan ibu sahabat saya yang pergi seusai maghrib...

rindukan bunda. lihat bunda dari jauh waktu ziarah jenazah Dr Pozi...
Anonymous said…
Maaf, Dr Mawar, saya pun macam Bunda Siti Zainon, tersalah tanggap. Semoga ibunya sihat dan bahagia selalu. Salam.
ardisia said…
Suratan atau kebetulan, bagaikan tahu2 saja yg saya memang merancang utk ucapkan saja "Selamat Ulangtahun' kpd dia hanya di atas sebuah kertas yg akan dimasukkan ke dalam botol..dan dilemparkan ke sungai (kerana dia tak membalas apa2).Amat berharap agar orang ramai tak memanggil saya si pencemar alam!
Mawar said…
Ardisia

mengapa tidak dikirim botol yang membawa nota ucapanmu itu?
ardisia said…
Ya, cadangan yang amat bagus!