Narasi Remang dari Taman Kecilku (Berita Harian, 21 Julai 2024). Terima kasih Hafizah Iszahanid atas siaran. Cerita hantu yang tidak seram. Tidak seperti dalam lukisannya.
Amier Suhaimi: Saya sudah tekuni cerpen Narasi Remang Dari Taman Kecilku yang Dr. Mawar kongsikan beberapa minggu lepas. Saya suka. Kisah-kisah yang ada hantu dan makhluk yang terjangkakan (boleh dikatakan) memang dekat dengan saya. Saya agak kurang menggelumangi karangan-karangan Dr. Mawar. Cuma pernah baca beberapa. Antara yang saya ingat: Bumble Bee Ke Boy's Room, Virus Zel untuk Abah, Bahasa Rindu Mel, dan Narasi Cinta Saat Gempa.
Teringat beberapa tahun lalu waktu saya mula-mula menekuni tulisan Dr. Mawar. Saya kurang mengerti, jadi pembacaan yang lebih sekali perlu. Dulu belum mendakap lagi pengetahuan tentang cerpen gaya bukan konvensional. Untuk Narasi Remang Dari Taman Kecilku, perjalanan saya lancar. Ada bahagian yang mengkagumkan saya. Yang pastinya, saya kesani yang Dr. Mawar ada gaya penulisan tersendiri. Ia unik. Saya juga perasan yang Dr. Mawar gemar guna perkataan 'Narasi' sebagai tajuk karangan-karangan Dr. Mawar. Ia menarik.
Sdr Amir, Terima kasih atas perhatiannya mengikuti penulisan saya. Mudah mudahan Sdr dapat menulis yang baik dan berseni. Tahniah menyanjungi Kesusasteraan Melayu!
Comments
Teringat beberapa tahun lalu waktu saya mula-mula menekuni tulisan Dr. Mawar. Saya kurang mengerti, jadi pembacaan yang lebih sekali perlu. Dulu belum mendakap lagi pengetahuan tentang cerpen gaya bukan konvensional. Untuk Narasi Remang Dari Taman Kecilku, perjalanan saya lancar. Ada bahagian yang mengkagumkan saya. Yang pastinya, saya kesani yang Dr. Mawar ada gaya penulisan tersendiri. Ia unik. Saya juga perasan yang Dr. Mawar gemar guna perkataan 'Narasi' sebagai tajuk karangan-karangan Dr. Mawar. Ia menarik.
Terima kasih atas perhatiannya mengikuti penulisan saya. Mudah mudahan Sdr dapat menulis yang baik dan berseni. Tahniah menyanjungi Kesusasteraan Melayu!