Ramadhan 26
Sabar
Sabrun jameel. Benar, hanya jika ia dapat berlaku pada detik yang tepat. Dan saya bukanlah begitu. Saya bukan seorang penyabar, walau mahu selalu belajar untuk itu. Maka saya membaca tiga pelajaran ini dari surah masing-masing. Mudah mudahan dengannya saya akan dapat bersabar. 1. al Anfaal: 46 - Allah bersama orang yang sabar. 2. ali Imran: 146 Allah mencintai orang yang sabar. 3. an Nahl: 126 Orang yang lebih baik adalah mereka yang sabar. Maka saya pastinya mahu selalu bersama-sama Allah. Saya juga mahu menjadi yang dicintai. Saya harus sering mahu menjadi lebih baik. Dengannya nanti, benarlah sabar itu indah!
Comments