Ramadhan 16
Penugasan tunggal
Terjemahan ini mengheret saya masuk ke ruang perenungan lebih dalam tentang tanggungjawab dalam hidup. Saya harus belajar memusatkan fikiran dengan menyantuni, mengasihi tiap apa yang sedang saya kerjakan. Melakukan satu-satu tanggungjawab dengan iltizam dan kefahaman yang seni. Bagaimana sekian masa hingga sekarang saya masih terperangkap dalam rencam-kerja yang dituntut jadual harian. Sering saya rasa menjadi manusia mesin. Begitu saya sentuh-lalu hampir semuanya tanpa ada rasa, tanpa ada jiwa. Maka terjemahannya mahu saya tulis sebagai Sepenuhnya pengertian...yang mungkin juga masih tidak bersetuju dan ada yang belum lagi saya fahami.
Comments