Ramadhan 15
Percakapan kendiri
Saya sebenarnya mahu menterjemahkannya sebagai percakapan sukma. Menurut Aliyah lagi, dalam penerokaan swacinta, mencintai diri, banyak ruang dipenuhkan dengan percakapan dalaman ini. Seringkah kita bercakap sendiri? Monolog dalaman. Monolog jiwa. Monolog sukma. Usulannya, renungkan sedalam mungkin tentang diri dan itu adalah jalan kebijakan - manfaatkan ruang fikir sebaiknya.
Comments
"Sayangi diri sebelum sayang orang lain"
Sungguh. Jasad perlukan penjagaan rapi. Rohani juga.
Saya juga sedang belajar. Adab bercakap dengan diri sendiri, yang jarang sekali saya peduli sebelum ini. Terima kasih, masih singgah.