dari taman kecilku ...

Februari. Saya tak pasti mengapa ia  dinamakan bulan kasih sayang. Bulan penuh cinta. Mungkin juga kerana ada tarikh khas ketika mawar dikirim sebagai tanda. Saya tidak percaya. Itu mitos yang selalu mahu memujuk dan mungkin juga lebih banyak topeng pura-pura. Beberapa ketika ini saya membaca al-Qur'an. Saya diberikan al Anbiya': 83 dan saya bertemu Yusuf: 64. Bahawa Allah itu sebaik baik penjaga dan Maha Penyayang di antara para penyayang! Dan saya pastinya mahu disayangi dengan harkat yang sebegitu terhormat.

Comments

Diana (UKM20062009) said…
saya sayang Dr sebagai guru dan wanita yang memberi inspirasi
Mawar said…
Dr Diana
Terima kasih atas ingatan dan kenangan manis ini.