Posts

Showing posts from February, 2023
Image
Dua kuntum mawar merah. Sengaja saya letakkan di hujung kenangan. Sebelum ia layu, kering dan berlalu.  
Image
  Memasuki Sya'aban bermakna saya harus mula bersiap, sama seperti tahun-tahun lalu. Mencari buku yang perlu disudahkan dalam Ramadhan nanti, di samping melanjutkan bacaan al-Qur'an yang terus dalam dakapan. Saya cuba dapatkan ini. Nanti saya akan berbahgi, insya-Allah. 
Image
Kita memasuki Sya'aban.  Setapak menuju puncak - Ustaz Dr Azlan Shaiful Baharum
Image
  dari taman kecilku ... Februari. Saya tak pasti mengapa ia  dinamakan bulan kasih sayang. Bulan penuh cinta. Mungkin juga kerana ada tarikh khas ketika mawar dikirim sebagai tanda. Saya tidak percaya. Itu mitos yang selalu mahu memujuk dan mungkin juga lebih banyak topeng pura-pura. Beberapa ketika ini saya membaca al-Qur'an. Saya diberikan al Anbiya': 83 dan saya bertemu Yusuf: 64. Bahawa Allah itu sebaik baik penjaga dan Maha Penyayang di antara para penyayang! Dan saya pastinya mahu disayangi dengan harkat yang sebegitu terhormat.
Image
  Mendakap kembali sahabat lama dan menerima salam teman baru, sama hangatnya. Saya masih senang meraikan apa sahaja yang menjunjung persahabatan. Terima kasih Else dan Ayu. Tak akan saya lupa, saat kita bertiga bersama-sama berdoa pada senja yang panjang itu. Kita mohon mendapatkan kelurusan. Allah  yang Maha Meluruskan hati dan kaki. Menjauhkan kita daripada kebengkokan dan dusta yang berselerakan di mana-mana. Hatta sampai ke gunung dan lembah, lalu masuk ke pengakuan sendiri. 
Image
  Fakulti kembali sepi. Cepat sekali satu semester datang dan pergi. Mudah mudahan empat belas minggu  yang bermanfaat. Selepas ini bulan ujian pula. Benar, ujian sering hadir untuk menduga. Antara dengar dengan taat. Antara tulus dengan dusta. Sekali lagi saya melihat tiap aras di fakulti seperti jalan-jalan sunyi yang mengepung saya. Lalu saya tidak dapat meloloskan diri dan masih terperangkap di sini.