Meninggalkan 2022 seperti mahu merungkai ikatan kasih. Sukar mahu mengucapkan selamat tinggal. Sukar mahu berpisah. Mengapa jadi begitu. Atau sebenarnya memang tidak ada kalimah selamat tinggal. Tidak ada perpisahan. Ikatan itu terus berungkaian tahun demi tahun. Benar, segala tanggungjawab belum berhenti mahupun surut. Ia terus berlanjut. Ia terus mendatang hari, minggu, bulan dan tahun lagi. Benarnya.
Comments