Saya sudah menamatkan bacaan tafsiran surah al-Fatihah TG. Alhamdulillah syukur. Saya sangat bersyukur dapat membaca baris tafsir ini. Antara yang saya sangat terbawa-bawa pesanan TG adalah tentang apa yang harus kita minta. Bukankah kita perlu meminta minta. Setiap hari kita meminta. اِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ. Apa yang kita harus minta. TG ajar, minta hidayah. Minta hidayah dalam apa sahaja. Jika kerja sedang seperti gunung, mohon Allah beri hidayah sewaktu menyelesaikan pekerjaan itu. Jika sakit datang menguji, merayu agar hidayah berkunjung bersama-sama kesakitan itu. Sdr sedang merenung? 


Comments

Anonymous said…
Sangat terkesan Dr. Rasa perlu mencari dan memiliki naskah dari TG ini. Terima kasih Dr. berkongsi...
Mawar said…
Sdr Anonymous
Tafadhol. Terima kasih perhatiannya. Mudah mudahan Sdr terus dirahmati.
Anonymous said…
Saya turut mempelajari daripada pentarbiyahan yang Sdr anjurkan. Terima kasih setingginya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Alhamdulillah syukur. Terima kasih perhatiannya.