Saya kehilangan guru lagi. Ustaz Sidek Fadzil (4 Januari 1947-31 Ogos 2021). Guru dan tetangga ruang rasmi di Jabatan Persuratan Melayu, semasa saya mula menyertai UKM. Ruang kerja saya diapit dua tokoh besar. Prof Madya Dr Sidek Fadzil dan Prof Madya Dr Shafie Abu Bakar (kami di jabatan memanggil mereka ustaz).  Tidak dinafikan perjalanan saya di UKM, antaranya dalam bayang-bayang mereka berdua. Saya ikuti kuliah Ustaz Sidek seawal jam 8 dengan memegang kitab cap ayam jantan. Buku tipis itu kami khatamkan sepanjang satu semester.  Ilmu dan budi baik Ustaz Sidek saya kenang dalam doa panjang sebagai guru dan ayahanda pastinya. Al fatehah...


Buku cap ayam jantan


Comments

Mohd Tarmizi Hasrah said…
Alfatihah untuk arwah.

Dan, Dr. pula yang memperkenalkan buku cap ayam jantan kepada saya ketika kuliah kedua kursus Pengantar Pengajian Melayu.

Terima kasih, Dr.
Mawar said…
Dr Tarmizi
Mudah mudahan ilmu yang bermanfaat. Terus cemerlang, Mizi. Terima kasih.
Unknown said…
Guru yang menginspirasikan saya meneroka budaya nusantara dan penulisan sastera Islam. Sewaktu berkuliah, sempat saya meminjam dua buah kamus Jawa daripada beliau. Alfatihah.
Mawar said…
Sdr Unknown
Mudah mudahan dua buah kamus Jawa itu sempat dipulangkan kepada almarhum guru kita. Al fatihah...
Unknown said…
Alhamdulillah saya dah pulangkan sewaktu di UKM lagi. Apa khabar Dr. Mawar? Semoga terus gigih menabur ilmu di tanah subur UKM. Terima kasih atas curahan ilmu yang diberi. Saya kongsikan ilmu dan pengalaman dengan anak murid saya di sekolah.
Mawar said…
Sdr Unknown
Alhamdulillah syukur. Sdr mungkin sahabat sepengajian atau mahasiswa saya. Dirahmati terus
Unknown said…
Tentu Dr.Mawar ingat pelajar seangkatan saya Dr.Ayub Sukani. Saya Baharuddin Sairi. Kami kumpulan cikgu yang menyambung pelajaran sewaktu Dr. menjadi tutor. Meriah kelas bila Dr.Mawar menyampaikan kuliah. Ketika itu Dr.Zubir juga menjadi tutor kami. Memang hidup kelas.
Mawar said…
Cikgu Baharuddin Sairi
angkatan Cikgu antara yang saya ingat sebab waktu itu saya yang baru menyertai UKM, harus berdepan dengan "mahasistua." Sangat mencabar, namun ia kenangan manis yang tak mungkin hilang. Terima kasih singgah dan masih ingat saya.
Unknown said…
Pasti ingat kenangan semasa belajar.Dr.Mawar juga menjadi pengerusi sewaktu viva sarjana saya di bawah seliaan Dr. Shaiful. Terkenang juga arwah Dr. Sahlan, Dr. Othman Puteh penyelia latihan ilmiah saya berkaitan cerpen pendek Melayu ( short short story) dan gagasan. Semoga Allah merahmati guru-guru saya di UKM.
Mawar said…
Sdr Unknown
Aamin Allahumma aamin. Terima kasih.