Posts

Showing posts from September, 2021
Image
    Terima kasih UKM atas penghormatan ini. Anugerah Bitara UKM.
Image
  Lama menanti. Alhamdulillah syukur. Hadiah buat anak-anak yang cintakan sastera warisan bangsa.
Image
  Gentarnya saya melihat risalah ini. Antara berdepan dengan pakar Sastera Islam, khawatir banyak khilaf kata-kata dan perilaku si debu nanti. Masukkan ini saya tampal selepas acara.  Terima kasih atas penghormatan ini Prof Munjid dan Liga Kesusasteraan Islam.
Image
 Pemudah caranya, sahabat yang memiliki daya memujuk yang sangat lunak. Rendah hati, saya akhirnya bersetuju untuk hadir. Saya sendiri belum tahu apa yang perlu saya bicarakan nanti. Terima kasih Pusat Media dan Komunikasi FSSK, UKM atas penghormatan ini..
Image
Awan oleh Virginia Setiap pagi, duduk menulis dari mihrabku , ruang kerja saya di rumah, membawa untuk  selalu melihat bentangan dan pecahan awan. Sesekali unggas berulang alik, melintasi jalan hari. Apalagi yang saya mahu ketika yang sama seperti ada pantulan ingatan demi ingatan yang jatuh dari langit. Tidak ada yang sia-sia dalam penciptaan-Mu. Mudah mudahan dipelihara kami daripada murka dan hukuman. 
Image
  Saya kehilangan guru lagi. Ustaz Sidek Fadzil (4 Januari 1947-31 Ogos 2021). Guru dan tetangga ruang rasmi di Jabatan Persuratan Melayu, semasa saya mula menyertai UKM. Ruang kerja saya diapit dua tokoh besar. Prof Madya Dr Sidek Fadzil dan Prof Madya Dr Shafie Abu Bakar (kami di jabatan memanggil mereka ustaz).  Tidak dinafikan perjalanan saya di UKM, antaranya dalam bayang-bayang mereka berdua. Saya ikuti kuliah Ustaz Sidek seawal jam 8 dengan memegang kitab cap ayam jantan. Buku tipis itu kami khatamkan sepanjang satu semester.  Ilmu dan budi baik Ustaz Sidek saya kenang dalam doa panjang sebagai guru dan ayahanda pastinya. Al fatehah... Buku cap ayam jantan