Salam lebaran tahun kedua yang masih tidak seperti dahulu.
Saya dititip foto cantik ini. Dan saya senang sekali melihatnya berulangkali. Semua watak mengenakan pelitup muka. Sepertinya mereka sedang terperangah dan cemas juga. Saya menebak mereka dalam ketakutan dengan wabah yang berada di depan. Si lelaki itu dengan gaya melindungi, cuba mengamankan sahabat perempuannya. Keberaniannya juga sangat diduga saat cuba dirangkul. Kasihan sekali, dalam mahu meraikan kemenangan Idul Fitri, kita juga kian ditundukkan wabah yang masih meliar. Taqabbalallahu minna wa minkum...
Comments
Terima kasih. Terus merenung dan menaakul. Salam lebaran.