Sulit memang. Dalam mengenang amalan yang diikrar sepanjang Ramadhan kali ini, saya terserempak dengan pelajar perempuan bertudung yang meneguk air dari tin minuman di hentian bas kampus. Ya di khalayak ramai. Saya betul- betul tertegun. Adakah saya silap melihat. Adakah saya bermimpi yang ketika ini bukan Ramadhan. Setelah memerhati beberapa detik, saya menghampirinya dan menegur. Jawaban yang aneh adalah, saya terlupa. Saya sempat perhatikan temannya, juga bertudung, mengenakan cat kuku berwarna biru. Allah, saya juga orang tua yang banyak kali hilang arah. Banyak sekali berdepan dengan aneka pelanggaran. Meninggalkan kedua-dua mereka, saya seperti mengingat tentang betapa sulitnya saat saya mahu menyantuni hati sendiri.
Comments